≡ Menu

Manfaat Air Serai Terhadap Kesihatan Kita. Boleh Cuba Insya’Allah

SERAI merupakan tumbuhan yang umumnya digunakan untuk memasak atau membuat minuman.

Salah satu cara menggunakan serai adalah dengan merebusnya dalam air dan dijadikan teh serai.

Khasiat rebusan serai adalah seperti sebatian antioksidan dan anti-radang yang terkandung di dalamnya.

Berikut adalah khasiat air rebusan serai yang baik untuk kesihatan yang telah digunakan secara meluas di pelbagai negara.

1. Meningkatkan kesihatan gigi dan mulut

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kajian menunjukkan ekstrak serai mampu menghalang pertumbuhan bakteria.

Ini termasuk bakteria yang boleh mengganggu kesihatan pergigian dan mulut, seperti Streptococcus Sanguinis yang boleh menyebabkan kaviti.

Air rebusan serai juga boleh digunakan sebagai ubat kumur untuk menjaga kesihatan mulut.

Kita juga boleh menggigit dan menggosok sisa rebusan serai pada gigi seperti menggunakan kayu sugi.

BACA:  Aktif Bersenam Bukan Petanda Bebas Dari Serangan Jantung. Nauzubillah

2. Melegakan kerisauan

Minum teh panas boleh membuat anda tenang, tetapi khasiat rebusan serai tidak terhenti di situ.

Serai juga membantu menghilangkan keresahan kerana kajian mendapati bahawa menghidu serai terutama dalam bentuk minyak pati dapat membantu orang yang mengalami masalah keresahan.

3. Mengatasi kembung perut

Air rebusan serai juga boleh digunakan untuk merawat kembung perut.

Kajian menunjukkan pengambilan air rebusan serai boleh meningkatkan kekerapan membuang air kecil kerana ia mempunyai kesan diuretik.

Justeru, kembung perut yang berlaku akibat pengumpulan cecair dalam badan dapat diatasi.

Khasiat rebusan serai boleh digunakan untuk mengatasi masalah yang sama semasa sindrom prahaid (PMS).

4. Mencegah jangkitan

Manfaat air rebusan serai seterusnya adalah untuk mencegah jangkitan.

Kajian menunjukkan serai mampu mencegah pelbagai jenis jangkitan yang dialami akibat penurunan sistem imun badan, contohnya mengurangkan dan melegakan kudis pada penghidap HIV.

BACA:  Patutlah Mahal, Ini Rupanya Khasiat Tersembunyi Cendawan Shiitake!

5. Menurunkan kolesterol

Kajian menunjukkan ekstrak serai mampu menurunkan paras kolesterol.

Jumlah kolesterol yang diturunkan bergantung pada jumlah dos yang digunakan.

Untuk menurunkan lebih banyak kolesterol, lebih banyak serai diperlukan.

6. Mengatasi cirit-birit

Air rebusan serai boleh digunakan untuk mengurangkan kekerapan membuang air besar terutama menangani cirit-birit.

Tumbuhan ini juga mempunyai fungsi antibakteria yang boleh mengurangkan jangkitan pada saluran penghadaman.

Pengambilan rebusan serai adalah selamat, tetapi wanita hamil dinasihatkan untuk tidak mengambilnya.

Walaupun tiada bukti kes atau kajian yang mendedahkan bahaya rebusan serai untuk kehamilan, namun kebaikan rebusan serai yang boleh melancarkan haid, dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kehamilan dan menyebabkan risiko keguguran.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.