≡ Menu

Manfaat Bersugi Dalam Islam Dan Doa Yang Afdhal Dibaca Ketika Bersugi

Menjaga kebersihan mulut dan gigi adalah suatu tuntutan yang ditekankan dalam Islam. Antaranya adalah dengan bersugi atau memberus gigi.

Islam menganjurkan bersugi sebagai salah satu daripada kebersihan diri yang perlu dijaga. Terdapat banyak manfaat dan kelebihan bersugi.

Ia akan diterangkan dalam artikel ini meliputi pengertian, hukum, dalil, alat-alat bersugi, waktu yang disunatkan bersugi, waktu makruh bersugi dan hikmah bersugi.

Hukum bersugi adalah disunatkan pada bila-bila masa sahaja. Namun waktu yang dituntut dalam Islam adalah ketika hendak tidur dan bangun dari tidur, ketika hendak melakukan sesuatu ibadat seperti bersolat dan membaca al-Qur’an dan ketika mulut berbau.Makruh bagi orang yang berpuasa untuk bersugi setelah gelincir matahari (ketika masuknya waktu zohor).

Firman Allah S.W.T:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri” (Surah al-Baqarah ayat 222).

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sekiranya tidak menyusahkan umatku, sudah tentu aku perintahkan mereka bersiwak (bersugi) setiap kali mereka hendak mendirikan solat (sembahyang).” (Riwayat al-Bukhari).

“Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “. ( Hadis Riwayat Al Baihaqi )

Daripada Abu Hurairah RA anhu, Rasulullah SAW bersabda:

لَوْلَا أنْ أشُقَّ علَى أُمَّتي أوْ علَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بالسِّوَاكِ مع كُلِّ صَلَاةٍ

Maksudnya: Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap sembahyang.

BACA:  Kurangkan Batuk Secara Semulajadi. Cubalah 9 Cara Ini

(Riwayat al-Bukhari)

Daripada Aisyah  RA anha, Rasulullah bersabda:

السِّواكُ مَطهَرةٌ للفمِ مرضاةٌ للرَّب

Maksudnya , “Siwak itu menyucikan mulut dan mendatangkan keredhaan Rabb.”

(Riwayat Nasa’ie)

Bersiwak hukumnya sunat yang disukai setiap kali sebelum solat  fardhu mahupun sunat.

Doa bersugi:-

اللَّهُمَّ بَيِّضْ بِهِ أَسْنَانِي وَشُدَّ بِهِ لَثَاتِي وَثَبِّتْ بِهِ لَهَاتِي وَبَارِكْ لِي فِيهِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya: Ya Allah putihkanlah  gigiku dengan sebab bersiwak ini, mantapkanlah gusiku, kukuhkan dengan sebab anak tekakku dan berkatilah aku padanya. Wahai Tuhan yang Maha Penyayang

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.