≡ Menu

Manfaat Membaca Surah Al-Kafirun Sebelum Tidur. Dapat Membentengi Daripada Kemusyrikan. Nauzubillah

Surah al kafirun bermana orang kafir (dalam bahasa Melayu) diturunkan di Mekah iaitu ayat Makkiyyah. Surah ini mengatakan bahawa Tuhan yang disembah oleh Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya bukanlah seperti apa yang disembah oleh orang-orang kafir.

Katakanlah ‘Wahai Orang Kafir’ – Allah menyuruh Nabi Muhammad SAW untuk memanggil mereka dengan gelaran Al-Kafirun iaitu seperti apa pada surah ini.

SURAH AL KAFIRUN MAKSUD DALAM BAHASA MELAYU

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

KELEBIHAN SURAH AL KAFIRUN

Bertolak Ansur Dalam Beragama

Surah ini mengajar kita untuk bertolak ansur dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Al-Quran memerintahkan agar kita menghormati penganut agama lain. Bertepatan dengan potongan akhir ayat ini yang bermaksud ‘Untukmu agama mu dan untuk ku agama ku’.

Walaupun harus menghormati, tiada tolak ansur dalam hal yang berkaitan dengan keimanan dan ibadah. Sikap menghormati agama dan kepercayaan lain bukan bererti lemah atau mengiyakan kebenaran mereka.

Manfaat berdasarkan kepada Sunnah Nabi Muhammad SAW

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah kamu hafal (Al Kafirun).?” Orang itu menjawab, “Benar.” Baginda menjawab, “(Ia senilai) seperempat al-Qur’an.” – Hadis Riwayat At-Tarmizi

Rasulullah SAW bersabda: “Surah ‘Qul ya ayyuhal kafirun’, sama dengan seperempat Al-Quran.” – Hadis Riwayat Al Hakim

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” – Hadis Riwayat At Tirmizi

Dari Farwah bin Naufal, dari ayahnya ra. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bacalah surah Al Kafirun, kemudian tidurlah setelah itu, kerana sesungguhnya itu adalah pembebas (pembersih) dari syirik.” – Hadis Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Al Hakim

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca…(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik.” – Hadis Riwayat al-Tirmidzi

MEMBACA Surah al-Kafirun sebelum tidur dapat membebaskan seseorang daripada kemusyrikan.

Pernyataan itu sesungguhnya satu kebenaran dan diperkukuhkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Suyuti dalam al-Jami’ al-Saghir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu telah ke tempat tidurmu pada waktu malam, maka bacalah (Surah al-Kafirun) dan tidurlah dalam keadaan kamu telah selesai membacanya, kerana ia adalah pembebasan daripada syirik.”

Dalam hadis yang lain, baginda turut bersabda: “Bacalah Surah al-Kafirun, kemudian tidurlah setelah itu, kerana sesungguhnya itu adalah pembebas (pembersih) dari syirik.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, at-Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Al Hakim).

BACA:  Pandemik Bukan Satu-Satunya Ancaman Kesihatan. Penyakit Tidak Berjangkit Juga Semakin Parah!

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, syirik adalah sesuatu yang amat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan tergelincirnya akidah seseorang Muslim.

Dalam Surah al-Nisa, ayat 116, ALLAH telah menyatakan seseorang yang meninggal dunia dalam keadaan syirik dan tidak sempat bertaubat, mereka akan terjerumus dalam kebinasaan untuk selama-lamanya di akhirat kelak.

“Ini kerana mereka tidak akan memperoleh pengampunan daripada ALLAH SWT. Justeru, syirik adalah suatu kesalahan yang amat besar yang tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapa pun jua.

Baginda melalui hadis sahih telah memberi amaran agar menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan syirik,”.

Umat Islam bukan sahaja disarankan membaca surah hebat itu setiap hari, malah cuba menghayati isi kandungannya dengan baik agar dapat membina kekuatan dan kekentalan aqidah dalam diri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.