≡ Menu

Manfaat Sebiji Epal Terhadap Kulit Kita. Boleh Berseri Tau

Sebenarnya senang saja nak dapatkan kulit glow? Nak tahu rahsianya?

Cuba kamu makan sebiji epal setiap hari dan lihat keberkesannya. Memang kamu tak akan percaya.

Tak dinafikan buah epal memang banyak khasiat kepada kesihatan. Tetapi buah epal ini juga boleh menjadi salah satu agen terbaik untuk dapatkan kulit glow.

Nak makan yang mana satu, epal hijau atau merah?
Ramai yang keliru sama ada mereka patut makan epal hijau atau merah untuk mendapatkan khasiatnya.

Untuk pengetahuan kamu, perbezaan kedua-dua buah epal ini adalah rasanya sahaja. Dari segi nutrisi pula, tiada perbezaan yang ketara.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bagi individu yang sukakan rasa yang manis dan berjus, epal merah sesuai untuk mereka. Tetapi kalau sukakan rasa masam dan rangup, pilih epal hijau.

Dari segi nutrisi pula, epal merah mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan baik untuk mencegah kanser. Manakala epal hijau pula mempunyai jumlah gula yang kurang, mengandungi serat yang tinggi dan jumlah karbohidrat lebih rendah.

Kulit memang boleh jadi glow
Untuk pengetahuan kamu, buah epal kaya dengan Vitamin C. Kandungan vitamin ini akan membantu kamu menghasilkan kolagen bagi melindungi kulit.

Pada masa yang sama, kadar cooper dalam buah ini boleh mendorong kulit menghasilkan melanin yang berfungsi dalam membina tisu, rambut dan mata yang sihat.

Selain itu, kandungan antioksidan yang tinggi juga dapat mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel kulit. Apabila radikal bebas mula merosakkan kulit, ia akan memecahkan kolagen dan serat elastik yang menyokong kulit.

Kesannya, penampakan garis-garis halus dan kedutan semakin ketara bersama dengan beberapa tanda penuaan pramatang yang lain.

Dan buah epal juga mengandungi Vitamin A yang diperlukan oleh setiap orang. Vitamin ini mampu membantu mencerahkan kulit. Terhasil dalam bentuk retinoid, buah epal boleh bantu membina kulit yang sihat dan mengurangkan risiko barah kulit.

Cara gunakan buah epal untuk beri manfaat lain kepada kulit
Selain memberikan kulit kamu glow, ada lagi beberapa manfaat buah epal kepada kulit.

Menghidratkan dan bersihkan kulit
Nak kulit lembut seperti marshmallow, memang memerlukan jumlah air yang banyak untuk kekal terhidrat. Selain air, buah epal juga tinggi dengan kandungan air.

Dengan hanya memakan buah epal sahaja, kamu boleh mendapat jumlah air yang diperlukan untuk kekal terhidrat sepanjang hari.

Selain menghidrat, buah epal juga berfungsi membersihkan kulit. Bagi mendapatkan kulit yang bersih, potong epal menjadi kepingan kecil dan letak di wajah.

Biarkan selama 15 minit sehingga 20 minit. Vitamin E yang terkandung dalam buah epal boleh menjadikan kulit lebih lembut dan terhidrat.

Boleh menjadi pelembap
Menjadi salah satu agen melembapkan kulit, kandungan air dalam buah epal boleh mengekalkan kelembapan pada kulit kamu.

Pada masa yang sama, ia boleh lindungi kulit daripada mengalami jangkitan dan terjadi jerawat.

BACA:  10 Makanan Ini Boleh Mengurangkan Kadar Stress Yang Kita Alami. Insya'Allah Kita Ikhtiar

Untuk melakukan pelembap secara semula jadi, kupas epal dan jadikan sebagai puri. Kemudian tambah sesudu madu dan krim masam ke dalamnya.

Gunakan pes ini secara berkala untuk lihat kesannya dalam masa yang cepat.

Menjadi toner semula jadi
Boleh menjadi toner, buah epal boleh meningkatkan peredaran darah ke bahagian wajah untuk menjadikan kulit lebih cantik.

Foto – Mind Body Green
Pada masa yang sama, buah epal juga menyeimbangkan tahap pH kulit dan mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan.

Nak jadikan buah epal sebagai toner, hancurkan epal dan ambil airnya. Celupkan kapas ke dalamnya dan gunakan sebagai toner dalam rutin penjagaan wajah.

Merawat jerawat dan bintik gelap
Memang tak dinafikan wajah yang dinaiki jerawat dan bintik gelap boleh berikan kesan kulit yang tidak bermaya dan kusam. Untuk merawatnya kamu boleh guna buah epal.

Foto – Averr Aglow
Ambil satu kepingan buah epal dan hancurkannya bersama susu. Kemudian sapukan pada bahagian jerawat dan bintik gelap di wajah. Nak lebih berkesan, gunakan secara berkala sehingga jerawat dan bintik hitam pudar dan hilang dari wajah.

Buah epal memang memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan termasuk mendapatkan kulit yang cantik. Kalau boleh, makan sehari sekali dan makan sekali kulit buah epal.

Jika bosan makan secara mentah, kamu boleh jadikannya sebagai jus. Selamat beramal!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.