≡ Menu

Manis Berhijab, Lisa Surihani Mohon Doakan Dirinya Kekal Istiqomah


Sejuk mata memandang. Itulah yang boleh dikatakan tentang penampilan berhijab, Lisa Surihani. Sekembalinya daripada mengerjakan umrah, Lisa Surihani tampil berhijab. Ramai peminat berharap dia mengekalkan imej itu.

Sedar mengenai perkara itu, ibu kepada dua anak ini bagaimanapun menganggap keputusan sama ada mahu kekal bertudung atau sebaliknya, terlalu peribadi.

“Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan.

“Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.

“Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan.

BACA:  Buka Al-Quran Secara Rawak Sebagai Tanda Istikharah Dan Mencari Pedoman. Adakah Islam Mengajarkan Kita Sedemikian?

“Ia sangat peribadi…Sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini. Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa,” katanya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

FASA BAHARU DALAM KEHIDUPAN

Akur dengan fitrah manusia yang sering diuji, isteri kepada Yusry Abdul Halim ini mahu menikmati fasa baharu ini perlahan-lahan.

“Dalam hidup ini, kita tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Setiap hari juga kita cuba mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

BACA:  Bersederhanalah Dalam Beribadah, Itu Lebih Baik. Yang Penting Kualiti Ibadah Terjaga

“Pengalaman mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarga baru-baru ini, saya sifatkan begitu indah.

“Moga lembaran baharu ini dapat saya nikmati sebaik mungkin,” katanya yang hangat diperkatakan selepas foto menghadiri majlis anjuran Snap Inc, viral.

Ibu kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne ini nampak manis bertudung. Kita doakan moga-moga Lisa Surihani terus istiqomah berhijab.

Sumber kredit: Berita Harian dan Instagram Lisa Surihani

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.