≡ Menu

Manusia Sering Terlepas Pandang Akan Dua Nikmat Ini. Insaflah

“ADUH, sakitnya. Sembuhkanlah aku, ya ALLAH.”

Apabila sakit, perkataan spontan itu akan terpacul daripada bibir kita tanpa disedari. Nampak macam suatu bentuk keluhan, tetapi pada masa sama, kita meminta ALLAH segera menyembuhkan kesakitan yang dialami walaupun hanya pening kepala.

Begitu juga dalam keadaan kita susah, pasti kita akan merintih dan menyebut nama-NYA.

Ketahuilah manusia memang sering kali alpa dalam dua keadaan iaitu sihat dan ketika waktu lapang seperti mana yang disebutkan dalam sebuah hadis.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat al-Bukhari)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Keadaan itulah yang sering membuatkan kita lupa hinggakan ada yang lupa diri dan lupa kepada ALLAH.

Kenapa boleh jadi begitu? Kejahilan tentang hakikat sebenar kesenangan membuatkan kita lupa dan leka.

“Hakikatnya, al-Quran menyebut bahawa kesenangan dunia ini adalah benda yang main-main, permainan, hiburan dan semuanya hanyalah sia-sia belaka. Semuanya adalah tipu daya semata-mata.

“Senang yang sebenar adalah di akhirat. Jadi, kalau kita tertipu dengan kesenangan dunia dan lupa diri dengan kesenangan dunia, itu sebenarnya kita tidak tahu ataupun jahil dengan hakikat dunia yang sebenar,”

Sentiasalah mengingatkan diri kita apabila datang banyak mana nikmat kesenangan, jadikanlah dunia itu hanya di tangan, bukan dalam hati.

Sesungguhnya, hati manusia mudah berbolak-balik. Kepada-NYALAH kita memohon agar hati ditetapkan dalam iman sehingga menemui-NYA kelak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.