≡ Menu

Masa Berlalu Meninggalkan Akita, Ingatlah Kita Semakin Meningkat Usia


Usia Bertambah

Bertambahnya usia kita, bermakna sisa umur kita semakin pendek. Ada orang kata:

Yang boleh kita makan, makanlah

Yang boleh kita pakai, pakailah

Yang boleh kita beli, belilah

TAPI….

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Makanlah yang halal lagi baik untuk kesihatan

Pakailah yang memada dan mengikut syarak

Belilah ikut kemampuan dan yang bermanfaat

INGAT juga…. Jangan berlebihan…. Jangan membazir!.

JANGAN LUPA….

Bekalan amal semasa hidup

Bekalan amal yang dividennya berterusan walaupun kita telah tiada

Warisan generasi soleh yang mendoakan

BACA:  Rezeki Melimpah Ruah Kalau Kita Dahului Orang Lain. Ibu Bapa, Isteri, Anak-Anak. Percayalah

INGATLAH….

Sehari berlalu pergi, bermakna umur kita berkurang sehari. 

Bila kita lewati hari ini dengan ketaatan, berbuat kebaikan dan sentiasa bersyukur, ia adalah kebahagiaan.

Moga istiqamah berterusan kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil ‘pergi’.

Sedar tak sedar, waktu cepat berlalu. Hidup ini sangat singkat. 

Sedar tak sedar kita telah memasuki masa tua, mati itu pasti !

Firman Allah SWT:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.” (Al-A’raf: 34)

BACA:  4 Tumbuhan Ini Boleh Mengurangkan Gangguan Makhluk Halus Dan Sihir. Insya'Allah Boleh Ikhtiar

Imam al-Khatib al-Baghdadi ada menukilkan satu kata-kata yang pernah diucapkan oleh Abu Abdullah Ahmad bin Ayyub:

 

اغْتَنِمْ فِي الْفَرَاغِ فَضْلَ رُكُوعٍ … فَعَسَى أَنْ يَكُونَ مَوْتُكَ بَغْتَةْ

كَمْ صَحِيحٌ رَأَيْتُ مِنَ غَيْرِ سُقْمٍ … ذَهَبَتْ نَفْسُهُ الصَّحِيحَةُ فَلْتَةْ

Maksudnya: “Peliharalah keutamaan ruku’mu pada waktu lapang, disebabkan kematian boleh datang kepada kamu secara tiba-tiba, betapa ramai orang yang sihat dan tidak sakit, dirinya boleh pergi dalam keadaan yang sihat secara tiba-tiba.” [Lihat: Iqtidha’ al-‘Ilm al-‘Amal, 106]

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.