≡ Menu

Matlamat Tidak Akan Menghalalkan Cara, Awasi Tipu Daya Syaitan, Usah Sebarkan Fitnah

Matlamat Tidak Menghalal Cara

Dunia di akhir zaman penuh dengan ujian, cubaan dan bahaya. Zaman dunia teknologi digital menjadikan kita mudah mencapai matlamat dengan hanya duduk dan menyentuh skrin. Kelebihan ini terselit bahaya buat generasi terutama yang mudah percaya dan menerima bulat-bulat segala yang mereka terjumpa dan terdengar tanpa sebarang uji dan selidik terlebih dahulu.

Nabi SAW telah bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya”.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

[Riwayat Muslim (4482)]

Hadis ini menjelaskan bahaya sesuatu maklumat atau ilmu atau berita disebar tanpa sebarang kepastian terhadap kesahihannya. Jangan kita galak menekan butang kongsi dan suka sedang diri kita belum cukup pengetahuan tentang berita tersebut. Terlibat dengan berita salah, maklumat tipu, fitnah yang merosakkan termasuk dalam golongan yang akan rugi bukan sahaja di dunia. Firman Allah SWT;

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

BACA:  Adakah Talak Jatuh Dengan Hanya Berniat? Ini Penjelasan Mufti

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]

Apa lah guna semangat berkobar-kobar kita untuk menjadi orang pertama menyebarkan berita dengan niat membantu mempertahankan Islam akan tetapi kita terlupa bahawa tabayyun (menyelidik) itu termasuk dalam nilai murni yang sangat ditekankan oleh agama Islam.

Demikian juga hadith yang diriwayatkan oleh Samurah Bin Jundub R.A, bahawa Nabi SAW telah bersabda:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي أَتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمَنْخِرُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ، فَإِنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الْكَذْبَةَ تَبْلُغُ الآفَاقَ

Maksudnya: “Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.); “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” [Riwayat Ibn Hibban di dalam Sahihnya (655)]

BACA:  Menyambung Bulu Mata Menurut Syariah? Apakah Hukumnya?

Setiap perkara dari sekecil perkara sehingga lah yang besar boleh berlaku dengan hanya fitnah atau berita palsu yang tersebar. Kita pasti ingat peristiwa Saidatina Aishah Radhiyallahu ‘anha difitnah dalam Hadis Al-Ifki juga peristiwa peperangan Siffin iaitu peperangan saudara juga disebabkan fitnah dan berita-berita tidak benar tersebar. Sedihnya ianya sehingga mengganggu gugat sistem pemerintahan dan pentadbiran hanya berpunca dari fitnah.

Waspada, jangan hanya kerana ingin mencapai matlamat dunia kita sanggup menggadai pahala dan menggunakan kemudahan teknologi seperti Facebook, WhatsApp, TikTok, Twitter dan banyak lagi sebagai usaha menyebar fitnah-fitnah demi memburukkan sesiapa atau demi laba dunia yang sementara. Ibn Hajar Al-‘Asqalani Rahimahullah menyebut;

إِنَّ الفِتَنَ غَالِبًا إِنَّما تُنْشَأُ عَنِ التَّبْدِيْلِ وَالإِحْدَاثِ

Maksudnya: “Sesungguhnya fitnah itu kebiasaannya dibuat untuk mengubah (sesuatu) dan mereka-reka.” [Lihat: Fath al-Bari 27/3]

Hadis Nabi SAW;

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.