≡ Menu

Memang Patutlah Air Kelapa Diakatakan Penawar Bagi Kebanyakan Penyakit.

Apakah khasiat dan kebaikan air kelapa pada kesihatan? Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai khasiat air kelapa terhadap kesihatan kita.

Pengenalan

Air kelapa merupakan sejenis minuman yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ianya digemari oleh setiap peringkat umur dan minuman ini sering dijadikan sebagai pembasah tekak dikala cuaca panas. Air kelapa terhasil dari tisu endosperm buah kelapa atau nama saintifiknya cocos nucifera L.

Buah ini bukan sahaja dijadikan minuman penghilang dahaga, malah turut digunakan secara tradisional untuk merawat beberapa penyakit seperti cirit-birit dan demam.

Komponen Berkhasiat Dalam Air Kelapa

Terdapat beberapa komponen berkhasiat yang terdapat pada air kelapa. Antaranya adalah seperti vitamin B. Antara vitamin B yang terkandung dalamnya ialah asid nikotinik, asid pantotenik, riboflavin dan tiamin. Ianya juga mengandungi vitamin C, asid folik dan asid amino. Di samping itu, air kelapa juga mengandungi ion tidak organik. Antara kepentingan ion tidak organik ini adalah untuk pembentukan tulang yang sihat, penghasilan enzim, penting di dalam penghasilan hemoglobin, dan juga terlibat di dalam metabolisma asid amino, lemak dan karbohidrat. Komponen mikronutrisi yang berkhasiat di dalam air kelapa sudah semestinya kandungan kalium yang terbukti berkesan untuk mengurangkan paras tekanan darah dan penting di dalam pengecutan otot.

Khasiat Air Kelapa Kepada Kesihatan

1. Sebagai minuman elekrolit

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tahukah anda selain minuman isotonik seperti 100 plus, air kelapa juga sesuai dijadikan sebagai minuman elektrolit. Hal ini kerana air kelapa mengandungi pelbagai mineral, ion dan elektrolit yang mampu menghasilkan tekanan osmotik yang sama seperti darah.

2. Mengawal tekanan darah

Air kelapa mengandungi kandungan kalium yang agak tinggi di mana setiap 100 ml air kelapa mampu membekalkan sebanyak 198 mg kalium. Antara salah satu sifat kalium adalah menyebabkan salur darah menjadi lebih luas. Tekanan darah akan menurun apabila salur darah menjadi kurang sempit. Selain itu, kalium juga penting di dalam pengawalan pengecutan otot seperti otot jantung. Pengecutan otot jantung yang normal juga mampu mengekalkan tekanan darah pada paras normal.

3. Mengelakkan tekanan oksidatif (oxidative stress)

Di dalam satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan, didapati bahawa pemberiaan air kelapa sebagai terapi kepada haiwan yang diberi diet fruktosa dapat menurunkan bilangan kejadiaan tekanan oksidatif pada haiwan tersebut dan membaiki paras anti oksida di dalam haiwan terbabit. Hal ini kerana terdapat kandungan vitamin C dan L ariginine di dalam air kelapa yang membantu melawan tekanan oksidatif.

4. Memperbaiki paras lipid di dalam darah

Kajian yang dijalankan ke atas haiwan mendapati bahawa pemberiaan air kelapa dapat memperbaiki paras lipid dan kolesterol haiwan tersebut. Air kelapa didapati dapat menurunkan paras kolesterol, trigliserida, LDL yang lebih dikenali sebagai kolesterol jahat dan meningkatkan paras HDL ataupun kolesterol baik.

5. Melindungi jantung

Oleh kerana pengambilan air kelapa terbukti untuk meningkatkan paras HDL, ianya mampu untuk mencegah sebarang masalah jantung seperti seperti serangan jantung. Kajian yang dijalankan terhadap haiwan yang mempunyai masalah jantung mendapati bahawa air kelapa bersifat melindungi jantung haiwan tersebut.

6. Bersifat anti radang

Air kelapa juga mempunyai sifat anti radang dek kerana kandungan vitamin, mineral dan asid cytokinin yang terdapat padanya. Hal ini telah terbukti berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas haiwan. Air kelapa mampu untuk menyekat penghasilan prostaglandin yang bertanggungjawab ke atas rasa sakit dan keradangan.

BACA:  PTPTN: Isu potongan gaji akan dibawa ke Kabinet - Syed Saddiq

7. Merawat cirit birit

Air kelapa telah digunakan secara tradisional untuk merawat kejadian cirit-birit yang terjadi di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Selain itu ianya juga digunakan untuk mencegah jangkitan salur pencernaan.

8. Bersifat anti diabetik

Satu kajian yang telah dijalankan terhadap haiwan mendapati bahawa air kelapa dapat menurunkan paras glukosa darah apabila haiwan tersebut diberi rawatan air kelapa berbanding dengan haiwan yang tidak menerima rawatan. Selain itu, air kelapa juga meningkatkan paras insulin dan paras glikogen hati. Ianya juga menurunkan paras glycated hemoglobin di dalam haiwan tersebut.

9. Melindungi ginjal

Satu kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan pemberian air kelapa terhadap pembetukkan kristal. Setelah 7 minggu kajian dijalankan, didapati bahawa pemberian air kelapa mencegah pembentukkan kristal pada tisu renal dan juga mengurangkan jumlah kristal di dalam urin haiwan tersebut. Air kelapa didapati mampu melindungi kejadian tekanan oksidatif pada ginjal.

10. Mempunyai kandungan vitamin B9

Air kelapa mempunyai kandungan folate ataupun vitamin B9. Vitamin ini sangat penting untuk mencegah kejadian anemia semasa hamil. Ianya juga mencegah toksisiti mitokondria yang disebabkan oleh metanol.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi dari segelas air kelapa. Namun haruslah diingat bahawa pengambilannya haruslah secara bersederhana dan perlu mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu untuk mengelakkan komplikasi kesihatan yang lain terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Diharapkan artikel khasiat air kelapa ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada para pembaca berkenaan kebaikan air kelapa ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.