≡ Menu

Membazir Amalan Syaitan, China Perkenalkan Undang-Undang Anti-Pembaziran Makanan

China dilaporkan telah meluluskan undang-undang anti pembaziran makanan yang melarang pengunjung di restoran daripada memesan makanan secara berlebihan.

Undang-undang yang mula dikuatkuasakan mulai Mei lalu adalah sebahagian daripada kempen anti pembaziran makanan yang terpakai di seluruh negara itu selepas Presiden China Xi Jinping menyatakan bahawa pembaziran makanan adalah satu masalah yang ‘membimbangkan’ yang mengancam bekalan makanan China. Merakam atau berkongsi video makan-makan iaitu mukbang juga adalah dilarang.

China tidak menghadapi masalah kekurangan makanan. Namun Xi melancarkan kempen tersebut bagi menjimatkan makanan pada bulan Ogos dengan menyatakan bahawa kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 adalah satu bentuk peringatan untuk negara berjimat bagi menjamin bekalan makanannya.

World Food Programme Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa gangguan rantaian bekalan semasa pandemik telah menyebabkan puluhan juta orang diambang kelaparan.

Pihak berkuasa tempatan di China telah mengatur pelbagai langkah untuk menguatkuasakan arahan yang dikeluarkan oleh presidennya itu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Para pegawai dikerahkan untuk memeriksa sisa makanan di kantin syarikat. Kumpulan industri kuliner juga dilaporkan telah mempromosikan makanan yang dikenali sebagai “N-1”, yang bermaksud jumlah hidangan mestilah kurang daripada jumlah tetamu.

BACA:  Berpuasa Menjauhkan Neraka Sejauh 70 000 Musim. Subhanallah

Beberapa restoran telah dilaporkan berjanji untuk menawarkan pilihan sukatan makanan yang sedikit. Sebuah restoran di Changsa penimbang berat di pintu masuk mereka, dan memberikan pilihan makanan yang sesuai dengan berat badan pelanggan.

Censors juga turut menurunkan video makan yang sangat popular dari laman video pendek seperti Douyin, TikTok versi negara China.

Kira-kira 35 juta makanan dilaporkan dibazirkan di China setiap tahun, menurut media negara China. Sebagai perbandingan, sekurang-kurangnya 66 juta makanan telah dibazirkan di Amerika Syarikat setiap tahun, menurut Jabatan Agrikultur A.S.

Menurut undang-undang baru itu, restoran boleh didenda sehingga 1,550 dollar (Sekitar RM 6 ribu) kerana menggalakkan pelanggan memesan makanan dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan pembaziran.

Stesen TV dan syarikat media atas talian boleh dikenakan dengan hingga 16,000 dollar (sekitar RM 66 ribu) jika mereka didapati membuat atau menayangkan video berkenaan makan-makan yang melanggar undang-undang tersebut.

BACA:  Azab Bakal Dihadapi Wanita Tidak Menutup Aurat

Undang-undang ini juga mewajibkan penganjur dan pengunjung jamuan makan untuk memesan jumlah makanan yang diperlukan sahaja ketika makan di luar.

Tidak dapat dipastikan berkenaan bagaimana penguatkuasa akan melaksanakan peraturan tersebut pada pesanan secara individu.

Menjadi kebiasaan di negara China bagi tuan rumah untuk memesan makanan ldalam kuantiti yang besar, terutama di majlis keluarga atau perniagaan, bagi menunjukkan kekayaan dan keramahan mereka.

Pada Selasa, penguatkuasa di timur Nanjing dilaporkan telah mengeluarkan peringatan pertama di bawah undang-undang anti pembaziran makanan kepada sebuah kedai roti. Kedai itu didapati telah membuang pastri yang tidak kelihatan elok serta yang tidak terjual pada hari yang sama ianya dibuat.

Pemilik kedai tersebut kemudiannya berjanji untuk menyumbangkan sisa makanan tersebut serta menjadikannya sebagai sampel percuma untuk pelanggan, lapor akhbar tempatan Yangtse Evening News.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.