≡ Menu

Menamakan Anak Perlu Tahu Maknanya. Ini Senarai Nama Yang Dilarang Dalam Islam

Dalam menyambut kehadiran cahaya mata, macam-macam perkara perlu disiapkan. Dalam pada itu, kita juga perlu bersedia untuk menamakan anak dengan nama yang baik dan mengelakkan juga nama yang dilarang dalam Islam.

Menurut perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, nama anak perlulah diberikan seeloknya.

Bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W :

إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ

Sesungguhnya kamu sekalian akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu.Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu. (HR. Imam Abu Daud dari Abu Dardak ra.)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Oleh itu, adalah penting untuk kita elakkan nama-nama yang dilarang dalam Islam.

Jom kita kenali nama-nama yang tidak boleh diberikan kepada anak.

NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM UNTUK BAYI

1. NAMA YANG MEMBAWA MAKNA BURUK

Makna yang buruk di sini terbahagi kepada dua iaitu nama yang bertentangan dengan syariah dan mempunyai maksud yang tidak baik. Nama ini tidak dibenarkan untuk digunakan kepada anak kerana ia boleh menyebabkan kebencian atau boleh meruntuhkan peribadi anak. Antara nama yang membawa makna buruk ialah Harb (perang), Himar (Keldai) dan Kalb (anjing).

2. NAMA-NAMA ALLAH

Asmaul Husna atau 99 Nama Allah hanyalah milik Allah semata-mata. Kita sebagai hamba-Nya tidak dibenarkan untuk menggunakan nama-nama Allah tanpa meletakkan ‘Abdul’ di hadapan. Jika mahu menggunakan nama Abdul, ia perlulah disertai oleh nama-nama Allah sahaja, barulah lengkap dan lebih baik di sisi agama. Nama Nabi atau lain-lain juga tidak boleh diletakkan selepas Abdul.

BACA:  Aktif Bersenam Bukan Petanda Bebas Dari Serangan Jantung. Nauzubillah

Contoh nama yang tidak dibenarkan ialah Rahim, Rahman, Aziz, Abdur Rasul (hamba kepada Rasul) , Abdul Musa.

3. NAMA GELARAN BAGI ALLAH

Di samping Asmaul Husna, Allah juga menyimpan gelaran agung lain dan tidak boleh digunakan untuk menamakan anak. Antara gelaran milik Allah yang haram digunakan untuk anak ialah Malik Al-Mulk (raja sekalian raja), Syahan Syah (raja segala raja), dan Hakim Al-Hukkam. Nama-nama ini semata-mata hanya milik Allah S.W.T

4. NAMA YANG BERMAKNA GELARAN KHUSUS UNTUK NABI

Para Nabi merupakan hamba yang memiliki sifat terpuji dan mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah. Oleh sebab itu, kita tidak dibenarkan untuk menggunakan gelaran yang diberikan kepada Nabi untuk nama anak. Contohnya, Habibullah (kekasih Allah) Ruhullah (gelaran khusus kepada Nabi Isa).

5. NAMA PEMERINTAH ATAU TOKOH-TOKOH ZALIM

Sejak kecil kita sudah dididik tentang sejarah lama Islam yang mencela pemerintah zalim dan berpaling daripada perintah Allah. Tokoh-tokoh ini terkenal kerana menentang ajaran Nabi serta berpaling dari ajaran Islam. Oleh itu, jauhilah anak-anak kita daripada nama-nama tokoh zalim seperti Firaun, Qarun, dan Haamaan.

6. NAMA YANG MENJURUS KEPADA PERBUATAN BURUK

Tidak elok jika nama anak kita membawa maksud yang boleh mendorong anak ke perbuatan tercela. Oleh itu, elakkan daripada memilih nama-nama yang mempunyai maksud yang tidak baik seperti Asyar (jahat), Balidah (bodoh), Ayirah (tidak bersyukur), Ghasibah (perampas) dan Haqidah (dengki).

BACA:  4 Tips Ibu Hamil Naik Pesawat Dengan Selamat

7. NAMA YANG MEMBAWA MAKSUD BERHALA

Perbuatan menyekutukan Allah merupakan dosa yang terbesar dan wajib dijauhi oleh umat Islam. Sebagai umat Islam, kita tidak dibenarkan untuk menamakan anak menggunakan nama berhala. Antara nama berhala atau patung yang disembah ialah Isaaf, Al- Uzza dan Al-Lat.

8. NAMA-NAMA SYAITAN

Mungkin sesetengah kita tidak tahu, tetapi syaitan mempunyai beberapa nama. Jauhi nama anak-anak daripada nama-nama syaitan antaranya :

Honzab : Syaitan yang menggoda ketika solat
Al-‘Ajda : Syaitan
Ghilan / Ghul : Syaitan yang sering menakut-nakutkan
Khubuts / Khobaaits : Syaitan yang mengganggu di tandas.

Seperti yang kita tahu, nama merupakan doa buat anak-anak. Oleh itu, elakkanlah dari menggunakan nama-nama yang mempunyai erti buruk atau tidak dibenarkan dalam Islam.

Sesetengah daripada nama-nama yang dilarang ini bukan sahaja tidak elok kerana maksud disebaliknya, malah ia juga boleh memberi kesan negatif bagi anak.

Hal ini kerana sesetengah nama-nama tersebut akan membuatkan anak-anak berasa malu, terhina atau disisih dari masyarakat.

Adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menyemak terlebih dahulu nama-nama sebelum digunakan bagi menamakan anak.

Semoga dengan nama baik dan elok maknanya dapat menjadikan anak kita berakhlak mulia dan kaya dengan peribadi soleh dan solehah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.