≡ Menu

Menderita Ekzema? Ini 10 Makanan Yang Anda Perlu Cuba

Apakah makanan yang bagus untuk pesakit ekzema? Artikel ini akan membincangkan beberapa makanan yang sesuai dan bagus bagi mereka yang menghadapi masalah ekzema ini.

Apakah itu Ekzema?

Ekzema atau dikenali dengan nama atopik dermatitis adalah salah satu keradangan yang berlaku pada kulit. Ekzema boleh dikenal pasti melalui kemerahan dan kegatalan pada kulit dan ianya boleh terjadi pada semua peringkat umur.

Lazimnya, ekzema sering terjadi pada kanak-kanak namun ianya bukanlah perkara baru bagi golongan dewasa. Pesakit yang menghidap ekzema juga kadang menghidap alergi dan asma dengan simptom kulit merah dan kegatalan.

Ekzema bukanlah suatu penyakit yang mampu sembuh sepenuhnya namun simptomnya boleh dikawal melalui pengambilan ubat-ubatan oral dan topikal. Artikel ini akan

Membincangkan dengan lebih lanjut mengenai punca, simptom dan makanan yang sesuai untuk pesakit ekzema.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Punca Ekzema

Ekzema boleh dikategorikan kepada pelbagai kategori. Oleh itu terdapat pelbagai punca kepada masalah ekzema. Berikut merupakan punca-punca terjadinya ekzema.

  1. Kulit kering/kulit lembap
  2. Lemah imun sistem
  3. Genetik
  4. Pertahanan kulit terganggu
  5. Penggunaan bahan-bahan yang boleh menyebabkan ekzema seperti detergen
  6. Kurangnya penjagaan kebersihan diri
  7. Bahan kimia seperti nikel
  8. Tekanan

Simptom Ekzema

Simptom penyakit ekzema adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Berikut merupakan simptom-simptom yang dialami oleh pesakit ekzema.

  1. Kekeringan kulit
  2. Kegatalan pada kulit
  3. Kulit yang kemerahan
  4. Bengkak pada kulit kerana pengumpulan cecair
  5. Kulit kasar dan bersisik
  6. Tompokan pada kulit

10 Makanan Untuk Pesakit Ekzema

Berikut merupakan makanan yang sesuai diamalkan oleh pesakit ekzema.

1. Ikan ber-omega 3

Tahukah anda ikan merupakan sejenis makanan yang mempunyai pelbagai khasiat selain dari tinggi kandungan protein.

Ikan yang sesuai bagi pesakit-pesakit ekzema adalah ikan yang kaya dengan kandungan omega 3 seperti seperti ikan sardin, tenggiri dan salmon. Omega 3 adalah sejenis lemak yang baik yang berfungsi sebagai anti radang dan anti inflamasi.

BACA:  Beri Anak Makan 5 Jenis Makanan Ini Untuk Membantu Daya Ingatan

Satu kajian yang dijalankan ke atas bayi di Sweden mendapati bahawa pengenalan awal bayi terhadap pengambilan ikan dapat mencegah ekzema di kalangan bayi tersebut.

2. Buah lemon

Buah lemon merupakan buah yang kaya dengan komponen flavonon iaitu sejenis flavonoid. Flavonoid adalah komponen semulajadi yang boleh ditemui di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Komponen flavonon ini bersifat anti radang dan boleh ditemui did alam buah-buahan citrus yang lain.

3. Natto

Pernahkah anda pernah mencuba makanan tradisional masyarakat Jepun yang digelar natto? Natto merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Jepun yang diperbuat daripada proses fermentasi kacang soya. Natto kaya dengan kandungan probiotik dan serat yang bagus untuk kesihatan.

Di dalam satu kajian yang dijalankan di Jepun, didapati bahawa ibu-ibu yang mengamalkan pengambilan natto di dalam diet harian mereka mengurangkan kejadian penyakot ekzema di kalangan bayi mereka.

4. Kimchi

Siapa sahaja yang tidak tahu akan sejenis makanan yang bernama kimchi. Kimchi merupakan sejenis makanan masyarakat korea yang diperbuat daripada kobis dan pelbagai bahan lain yang dijeruk terlebih dahulu.

Kimchi merupakan makanan yang kaya dengan kandungan probiotik, sama seperti natto di mana probiotik merupakan komponen diet yang baik untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan mencegah ekzema.

Di dalam satu kajian yang dijalankan di Korea di kalangan peserta yang berusia 18 ke 49 tahun, didapati bahawa pengambilan kimchi sebanyak 2 ke 4 sajian sehari (40 g per sajian) dapat mengurangkan risiko mendapat ekzema di kalangan peserta kajian.

5. Buah-buahan beri

Buah-buahan yang berada dalam kategori buah-buahan beri adalah kaya dengan kandungan flavonoid. Seperti yang diterangkan di atas, flavonoid memrupakan komponen yang bersifat anti radang di mana ianya dapat merawat ekzema yang disebabkan oleh keradangan kulit.

Antara buah-buahan di dalam kategori buah beri ialah strawberi, kranberi, bluberi dan raspberi.

6. Buah nenas

Tahukah anda buah nenas juga sesuai dimakan oleh pesakit ekzema. Buah nenas mengandungi kandungan bromelain, sejenis protein penghadaman yang boleh didapati pada bahagian isi buah atau batang buah nenas.

BACA:  Galakkan Makan Ikan Kerana Ia Membantu Perkembangan Otak

Kajian mendapati bahawa komponen bromelain ini dapat dijadikan terapi perubatan bagi penyakit auto imun dan keradangan.

7. Madu

Madu bukanlah sejenis makanan yang baru buat kita malah kebaikkannya terhadap kesihatan sudah diketahui sejak bertahun lamanya.

Di dalam satu kajian yang dijalankan di kalangan peserta yang menghidap atopik dermatitis, didapati bahawa amalan menyapu madu manuka di kawasan kulit yang mengalami keradangan dapat merawat merawat penyakit tersebut. Selain disapu, madu juga sesuai diletakkan di dalam minuman seperti teh atau dimakan sahaja.

8. Kunyit

Kunyit bukan sahaja boleh digunakan untuk menyedapkan lagi masakan, malah turut digunakan untuk mengubati pelbagai lagi penyakit kulit.

Hal ini kerana kunyit mengandungi sejenis komponen bernama curcumin yang bersifat anti radang dan anti oksida. Kajian mendapati bahawa pengambilannya secara oral mahupun topikal dapat merawat pelbagai masalah kulit termasuk ekzema.

9. Pisang

Pisang adalah sejenis buah yang kaya dengan kandungan potasium di mana potasium ini mempunyai sifat anti radang dan sesuai bagi pesakit ekzema. Selain itu, ianya juga mempunyai komponen anti oksida yang dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh untuk mencegah penyakit ekzema.

10. Sup tulang

Tahukah anda bahawa sup tulang juga sesuai buat pesakit ekzema. Hal ini kerana sup ini kaya dengan kandungan glysine, sejenis protein yang dapat membantu proses penyembuhan kulit akibat keradangan yang disebabkan oleh ekzema.

Kesimpulanya, terdapat pelbagai makanan yang boleh diamalkan oleh pesakit ekzema. Namun haruslah diingat bahawa setiap individu mempunyai pelbagai penerimaan terhadap makanan. Tidak mustahil makanan-makanan yang disenaraikan di atas dapat menyebabkan keradangan dan ekzema bagi sesetengah individu. Ikutilah nasihat doktor dan pakar yang lebih arif dan mahir dalam mengubati penyakit anda. Terima kasih.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.