≡ Menu

Mengapa Kaitkan Halal Dengan Kemunduran?

1. Sebuah hantaran di media sosial menjadi tular baru-baru ini apabila pemilik status membuat semakan tentang status halal sebuah jenama minuman bubble tea. Anehnya ramai pula non-Muslim yang memerli dan menyindir usaha Muslimah ini untuk mencari status halal minuman tersebut. Mereka menyifatkannya sebagai langkah kemunduran.

BACA:  Dalil Yang Menyatakan Allah SWT Maha Pemurah.

2. Untuk pengetahuan semua, mencari sumber yang halal itu adalah satu kefarduan buat seorang Muslim. Ia telah termaktub di dalam al-Quran bahawa seorang Muslim wajib memastikan sumber yang halal bagi makanan mereka. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا

“Wahai manusia, makanlah daripada apa yang ada dibumi ini dari yang halal dan baik” (al-Baqarah: 168).

3. Sekiranya anda tidak selesa dengan perkara ini, janganlah pula memerli prinsip hidup Muslim ini sebagai satu kemunduran atau menyebabkan negara akan jadi tidak maju.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.