≡ Menu

Mengapa Khabib Menyerang ‘Penonton’ Selepas Membelasah McGregor

Perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC) paling dinanti-nantikan oleh peminat antara Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov baharu sahaja berlangsung sebentar tadi. Kemenangan berpihak kepada Khabib dengan submission terhadap Conor.

Namun kemenangan berkenaan sedikit tercemar kerana sebaik sahaja tamat perlawanan ini, beliau bertindak keluar gelanggang dan menyerang penonton, Dillon Dannis yang juga merupakan rakan sepasukan McGregor. Tindakan ‘berani mati’ beliau itu kemudiannya membuatkan seluruh dewan semakin panas.

 

View this post on Instagram

 

Balas dendam atau kurang semangat kesukanan? #ufc229

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

A post shared by VOCKET 🇲🇾 (@vocket) on

Mengapa Khabib bertindak sedemikian? Khabib ada sebabnya yang tersendiri. Sebelum mula perlawanan lagi, pihak McGregor membuat pelbagai provokasi terhadap Khabib dan selama ini, beliau hanya berdiam diri. Khabib adalah seorang fighter yang tidak banyak bercakap dan jenis membiarkan keputusan perlawanan bercakap untuknya.

BACA:  7 Manfaat Mandi Sebelum Subuh. Insya'Allah Kita Amalkan

Provokasi yang dibuat termasuklah terhadap keluarga dan agamanya. Khabib adalah seorang Muslim dan beliau tidak suka apabila ada yang menyentuh tentang dua perkara ini. Tetapi mengetahui sikap Conor, beliau menggunakan apa sahaja isu untuk buat lawan beliau marah dan ‘koyak’ sebelum perlawanan bermula.

Ini termasuklah ketika sidang media sebelum perlawanan ini bulan lalu di mana McGregor menawarkan arak kepada Khabib dan Khabib menolak secara baik. Bulan April lalu, McGregor turut ditahan pihak berkuasa kerana menyerang bas yang dinaiki Khabib sebagai provokasi awal sebelum perlawanan sebenar yang berlangsung tadi.

Ketika ini, Khabib adalah fighter yang mempunyai rekod 27 kemenangan tanpa kalah dan Conor merupakan ‘mangsa’ terbaru beliau. Namun tindakan Khabib ini tidak disokong 100 peratus oleh peminat dan rakan yang turut sama dalam sukan ini.

BACA:  Allah Memberikan Pengajaran Melalui Kisah Orang Orang Terdahulu

Emil Meek berkata perbuatan Khabib ini mencemarkan nama UFC. Beliau boleh menjadi seorang pemenang yang hebat tetapi insiden ini bakal menyebabkan reputasi beliau tercalar.

Ini adalah penjelasan Khabib selepas menang keatas McGregor.

BACA: “Agama Adalah Nombor 1, Bukan Sukan”, Khabib Pernah Tolak Tawaran Lumayan Kerana Mahu Tumpu Ibadah Di Bulan Ramadan

BACA: Khabib Kalahkan McGregor Yang Angkuh dan Mempersendakan Islam

Sumber: The Vocket

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.