Kalau orang yang tengah diet memang stres kalau tengok penimbang tu tak turun-turun. Tapi tahukah anda bahawa pakar mengatakan antara tips timbang berat badan yang membantu kita kurus adalah dengan menimbang setiap hari?
Eh, betul ke?
Jom ketahui sebabnya.
Betul Ke Timbang Berat Setiap Hari Akan Buat Kita Stres?
Menimbang berat badan setiap hari dapat membantu mencapai matlamat penurunan berat badan.
Menurut penyelidikan daripada perbentangan American Heart Association (2018), orang yang tidak menimbang berat badan sama sekali atau jarang berbuat demikian cenderung menurunkan berat badan berbanding mereka yang sering menimbang berat badan mereka.
Kebanyakan coach diet yang popular, seperti Weight Watchers, mungkin tidak mengesyorkan menimbang berat badan setiap hari.
Sebaliknya, mereka mengesyorkan menimbang berat badan seminggu sekali atau lebih jarang.
Ini kerana, berat badan kita turun naik dari hari ke hari, dan berat badan setiap hari boleh menyebabkan seseorang yang dalam proses menurunkan berat badan berasa kecewa dan mudah putus asa, sehingga berpotensi mensabotaj diet setelah melihat peningkatan berat badan walaupun telah mengawal pemakanan dan bersenam.
Disebabkan itu, sebilangan besar pakar diet percaya bahawa penimbangan sekali seminggu atau bahkan bulanan adalah gambaran yang lebih tepat mengenai kemajuan kawalan berat badan.
Kajian Buktikan Timbang Berat Badan Setiap Hari Lebih Cepat Kurus
Berbeza dengan pandangan coach diet, sekumpulan doktor telah mengkaji pesakit obesiti dan berlebihan berat badan yang berusaha menurunkan berat badan serta orang dewasa yang berlebihan berat badan yang berusaha untuk mencegah kenaikan berat badan.
Menurut kajian yang dilaporkan oleh MedicineNet.com, mereka yang lebih kerap timbang berat badan;
- lebih kerap kehilangan lebih banyak berat badan
- dapat mencegah kenaikan berat badan lebih dari dua tahun berbanding mereka yang jarang menimbang berat badan mereka.
Menurut pakar, inilah yang dinamakan ‘self-monitoring’.
Ia akan membantu anda memantau dan belajar sendiri apakah amalan pemakanan dan aktiviti harian yang membantu anda mengurangkan berat badan. Ini memberi anda semangat dan motivasi untuk meneruskan usaha yang anda tahu berkesan untuk diri anda sendiri.
Bertentangan dengan nasihat yang diberikan dalam banyak rejimen penurunan berat badan yang popular, kajian ini menunjukkan bahawa tabiat menimbang berat badan setiap hari bukanlah sesuatu yang salah, malah boleh mendatangkan manfaat.
Walaubagaimanapun, keperibadian diri masing-masing boleh menetapkan seberapa kerap untuk menaiki penimbang.
Sekiranya anda mudah putus asa, mungkin tidak perlu timbang berat setiap hari.
Sebaliknya, jika ia mendorong motivasi anda, bolehlah menimbang setiap hari agar kekal disiplin.
TIPS TIMBANG BERAT BADAN & WAKTU TERBAIK
Apa pun frekuensi timbang yang anda pilih, ini tips untuk anda yang suka timbang berat badan setiap hari:
- Waktu menimbang berat badan yang terbaik adalah pada awal pagi. Ini kerana makanan dan minuman yang kita ambil sepanjang hari boleh mempengaruhi berat badan kita.
- Sedikit peningkatan berat badan berbanding hari sebelumnya adalah normal. Walaupun anda lebih berat berbanding semalam, tidak bermakna perancangan diet anda gagal ok!
- Berat badan juga boleh menjadi naik-turun ketika anda sedang menstruasi (haid).
- ‘Plateau’ (berat badan statik) tidak semestinya sesuatu yang teruk. Ini kerana jika anda kerap bersenam, berat badan anda mungkin akan tetap sama walaupun kadar lemak berkurang dan tahap kesihatan semakin baik.
- Jangan terlalu memandang pada nombor semata-mata, perhatikan juga tanda-tanda positif yang lain seperti – inchloss, rasa lebih segar, badan lebih ringan dan sihat. Persepsi positif terhadap diri anda juga akan membantu anda menjayakan perancangan diet ini dengan lebih berkesan.
Selamat berjaya!