≡ Menu

Menyerahkan Muslim Kepada Kafir

Menyerahkan Muslim Kepada Kafir

1. Seorang Muslim seharusnya mempertahankan saudara Muslimnya yang lain. Apatah lagi sekiranya Muslim tersebut dibimbangi akan dizalimi, maka tidak seharusnya kita sewenang-wenangnya membiarkan saudara kita dizalimi. Sabda Rasulullah:

المسْلِم أخو المسلم، لا يَظْلمه ولا يُسْلِمه

“Muslim adalah bersaudara sesama mereka, tidak seharusnya mereka menzalimi mereka atau menyerahkan mereka kepada kezaliman.” (HR al-Bukhari)

2. Menurut al-Imam Ibn Hajar apa yang dimaksudkan dengan “tidak boleh menyerahkan mereka” adalah:

لا يتركه مع مَن يؤذيه ولا فيما يؤذيه، بل ينصره ويدفع عنه

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Iaitu seorang Muslim itu tidak seharusnya membiarkan saudaranya bersama dengan orang yang akan menyakiti Muslim tersebut bahkan seorang Muslim seharusnya mempertahankan Muslim yang lain dan membantunya.” (Fath al-Bari)

3. Seorang Muslim tidak sepatutnya menyerahkan saudara Muslimnya yang lain untuk disakiti. Allah berfirman di dalam al-Quran:

وَلَن يَجْعَلَ اللّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلاً

“dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.” (al-Nisa’: 141)

Dalam sebuah tesis master di Universiti King Saud seliaan Dr. Hasan Abu Ghuddah, kajian tersebut menyatakan bahawa ayat ini adalah dalil kepada larangan menyerahkan Muslim kepada kafir untuk dizalimi. Tesis tersebut menyarankan:

ويلحق بها: عدم جواز تسليم المسلم للكفار أو شرط بقائه لديهم(2)؛ لأن في تسليمه لهم جعل السبيل للكافرين عليه

“Dan berkaitan dengan penafsiran ayat ini juga adalah tidak harus menyerahkan Muslim kepada Kafir atau membiarkan Muslim berada di sisi mereka kerana menyerahkan Muslim kepada mereka akan membuka ruang kepada si Kafir untuk melakukan sesuatu (kezaliman) kepada si Muslim.

4. Bahkan Rasulullah pernah memarahi sebahagian sahabat yang setuju untuk menyerahkan Muslim kepada Kafir sebelum berlakunya Perjanjian Hudaibiyyah. Perkara ini direkodkan oleh Saidina Ali yang menceritakan orang-orang Quraysh berjumpa dengan Rasulullah dan mereka berkata:

يا محمد والله ما خرجوا إليك رغبة في دينك وإنما خرجوا هربا من الرق، فقال ناس: صدقوا يا رسول الله ردهم إليهم، فغضب رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال: ما أراكم تنتهون يا معشر قريش حتى يبعث الله عز وجل عليكم من يضرب رقابكم على هذا

“Wahai Muhammad, sesungguhnya mereka yang berhijrah (dari Mekah ini) kepada engkau ini bukanlah kerana meminati agama kamu tetapi kerana lari dari diperhambakan. Sebahagian sahabat bersetuju dengan pandangan ini lalu Rasulullah marah dan berkata: Wahai Quraysh, nampakanya kamu semua tidak akan berhenti (dari menzalimi) sehinggalah Allah mengutuskan seseorang yang akan memenggal leher kamu!” (HR Abu Daud)

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah menyelamatkan manusia daripada dizalimi oleh orang-orang kafir.

5. Malulah kita dengan Raja Najashi yang beragama Kristian yang enggan menyerahkan orang Muslim kepada Quraysh untuk dizalimi. Bahkan al-Najashi menangis setelah mendengar al-Quran. Kata al-Najashi:

ثُمَّ قَالَ (لَهُمْ) النَّجَاشِيُّ: إنَّ هَذَا وَاَلَّذِي جَاءَ بِهِ عِيسَى لَيَخْرُجُ مِنْ مِشْكَاةٍ وَاحِدَةٍ، انْطَلِقَا، فَلَا وَاَللَّهِ لَا أُسْلِمُهُمْ إلَيْكُمَا، وَلَا يُكَادُونَ

“Kemudian al-Najashi berkata: Sesungguhnya (bacaan Quran itu tadi) adalah sama seperti yang disampaikan oleh Nabi Isa dan ia keluar dari cahaya yang satu. Pulanglah kamu berdua wahai Quraysh! Aku sesekali tidak akan menyerahkan mereka (kaum Muslimin) (Sirah Ibn Hisham)

Semoga Allah menyatukan hati-hati umat Islam

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.