≡ Menu

Mitos Vitamin C Punca Kepada Penyakit Batu Karang

Mitos Vitamin C Punca Kepada Penyakit Batu Karang

MITOS inilah yang sebenarnya menjadi punca vitamin C di katakan boleh merosakkan buah pinggang kerana batu karang ini jika tidak dirawat akan menyebabkan buah pinggang rosak..sedangkan TIADA kajian secara lansung yang menunjukkan seseorang yang mengambil vitamin C akan mengalami masalah buah pinggang. Ia hanyalah satu ANDAIAN sahaja…

Tapi malangnya MITOS ini menjadi penghalang kepada kita untuk mengamalkan vitamin C yang sebenarnya bahan natural dan selamat serta tiada kesan sampingan yang merbahaya yang boleh membantu kita melawan jangkitan virus dan meningkatkan sistem imuniti tubuh kita..

Sila baca dan hadamkan..Insyaallah

BATU KARANG BUAH PINGGANG DAN VITAMIN C

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Mitos Vitamin C Punca Kepada Penyakit Batu Karang

Terdapat banyak dakwaan bahawa vitamin C adalah punca kepada masalah batu karang buah pinggang terutama daripada ahli-ahli perubatan sendiri. Adakah dakwaan ini benar atau kurang tepat?

Saya secara peribadi kurang bersetuju dengan pendapat mengatakan vitamin C menyebabkan batu karang buah pinggang, kerana kajian yang menyatakan adalah lemah dan tidak meyakinkan saya.

Kajian yang popular dan di beri publisiti yang di gunakan untuk mengaitkan masalah batu karang dengan pengambilan vitamin C (askorbat) adalah kajian yang diterbitkan dalam journal JAMA Internal Medicine tahun 2013. Kajian ini menunjukkan batu karang buah pinggang di hasilkan daripada bahan kalsium oxalat yang boleh terjadi dengan adanya vitamin C tetapi kajian ini tidak menganalisa tentang batu karang.

Maksudnya ia hanya kajian yang mengaitkan di antara vitamin C dan kalsium oxalat sahaja, dan bukannya kaitan di antara vitamin C dan batu karang secara terus. Kajian ini menggunakan data daripada kajian-kajian lain yang mana askorbat tidak diuji secara terus. Jenis kajian yang di jalankan dengan kaedah yang tidak kukuh seperti ini tidak membantu masyarakat mendapat maklumat yang betul dan ‘reliable’ yang akhirnya mengelirukan semua orang.

Kajian ini mengambil data daripada 23,355 orang lelaki selama 10 tahun (sedekad). Mereka di kelompokkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pertama seramai 22,448 orang yang tidak mengambil suplemen vitamin C dan kumpulan kedua seramai 907 orang yang mengambil vitamin C. Data pemakanan purata di catatkan dalam jadual secara anggaran sahaja dan tidak secara detail. Kemudian peserta kajian yang mendapat masalah batu karang buah pinggang di catatkan dalam jadual dan di kira. Daripada perkiraan ini kelihatan seolah-olah kumpulan yang mengambil vitamin C, mempunyai risiko lebih tinggi mendapat masalah batu karang buah pinggang. Risiko tambahan penyakit batu karang daripada pengambilan vitamin C (askorbat) adalah sangat rendah iaitu 147 untuk 100,000 orang-setahun atau 0.15% setahun sahaja.

Mitos Vitamin C Punca Kepada Penyakit Batu Karang

Analisa kajian ini boleh di buat untuk menilai beberapa perkara penting, iaitu:

  • Jumlah pesakit yang mendapat masalah batu karang selepas mengambil vitamin C adalah terlalu rendah iaitu hanya 30 kes dalam masa 10 tahun, oleh itu keganjilan untuk kesalahan statistik untuk kajian ini adalah tinggi
  • Kajian ini adalah berdasarkan pemerhatian sahaja (observational study), iaitu ia menulis dalam jadual pengambilan vitamin C dan jumlah mereka yang mendapat masalah batu karang kemudiannya dan mencari kaitan di antara keduanya. Kaedah kajian dengan cara ini adalah lemah dan BIAS & mempunyai banyak kelemahan kerana banyak lagi faktor lain yang tidak di pertimbangkan.
  • Kajian secara pemerhatian ini tidak menguji faktor punca sebenar (causative factor) kerana ia bukanlah kajian secara kajian kawalan rawak (RCT) iaitu vitamin C tidak di berikan kepada kumpulan perserta kajian secara tetap dan dengan dos yang konsisten secara rawak.
  • Kajian pemerhatian seperti ini mempunyai banyak kelemahan dan membuat kesimpulan daripada kajian seperti ini adalah tidak kukuh dan tidak boleh di gunapakai.
  • Kajian ini juga mempunyai kontradiksi dengan kajian yang lain yang menunjukkan secara jelas bahawa vitamin C tiada kaitan dengan masalah batu karang.
  • Penulis kajian ini membuat kesimpulan bahawa vitamin C menyebabkan batu karang adalah kerana kaitan lemah di antara pengambilan suplemen vitamin C berbanding dengan lain-lain aspek dalam pemakanan peserta kajian.
  • Kajian ini tidak dapat menunjukkan secara jelas dan sahih, bagaimana kaitan yang sebenarnya di antara vitamin C dan batu karang kerana ia tidak mempunyai kajian mendalam tentang pemakanan peserta kajian dan kajian analisis kimia setiap batu karang untuk memberikan panduan tentang punca yang sebenarnya terjadinya batu karang tersebut.
Mitos Vitamin C Punca Kepada Penyakit Batu Karang

Oleh itu, kajian ini adalah satu kajian yang sangat lemah bentuknya untuk di jadikan hujah dan bukti kukuh bahawa vitamin C menyebabkan batu karang kerana jenis batu karang yang terbentuk tidak di buat analisa dan bagaimana batu karang tersebut terjadi. Ini adalah satu kesalahan yang besar dalam satu kajian dan ia tidak boleh menjadikannya sebagai satu hujah atau bukti saintifik untuk mengaitkan vitamin C dengan batu karang buah pinggang. Ini adalah satu contoh bagaimana satu kajian tidak boleh dijadikan sebagai hujah perubatan berasaskan bukti atau ‘evidence based medicine’.

JENIS-JENIS BATU KARANG BUAH PINGGANG

Terdapat pelbagai jenis atu karang buah pinggang yang boleh terbentuk dalam buah pinggang dan saluran kencing pesakit iaitu:

1. Batu Karang Kalsium Fosfat

Batu karang jenis ini sangat biasa berlaku dan senang untuk di pecahkan dan di alrutkan dalam air kencing yang di asidkan(acidified) dengan vitamin C

2. Batu Karang Kalsium Oksalat

Batu karang jenis ini lebih keras dan juga sangat biasa terjadi tetapi ia tidak mudah larut dalam air kencing yang di asidkan

3. Batu Karang Magnesium ammonium fosfat (struvite)

Batu karang jenis ini jarang berlaku dan selalunya akibat kesan daripada jangkitan kuman dalam saluran kencing. Ia boleh larut dengan mudah dalam air kencing yang di asidkan dengan vitamin C.

4. Batu Karang Asid Urik

Ia berlaku kepada pesakit gout yang kronik yang mempunyai paras asid urik yang sentiasa tinggi yang menyebabkan asid urik menjadi kristal di dalam air kencing dan membentuk batu karang dalam buah pinggang dan saluran kencing. Pesakit akan biasanya mempunyai masalah penyakit gout yang lama dan kronik.

5. Batu Karang Sistin (Cystine)

Batu karang jenis ini sangat jarang berlaku dan ianya terjadi akibat faktor genetik kerana kegagalan buah pinggang menyerap semula bahan sistin (cysteine). Selalunya ia lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak dan ia adalah satu yang sangat jarang-jarang berlaku.

BATU KARANG OKSALAT & VITAMIN C

Mitos Vitamin C Punca Kepada Penyakit Batu Karang

Batu karang jenis oksalat ini yang selalu dikaitkan dengan pengambilan vitamin C tetapi bukti kajian sains menunjukkannya ianya kontradiktari dengan kajian sains. Kandungan oksalat dalam batu karang oksalat adalah biasa.

Vitamin C atau askorbat mungkin meningkatkan sedikit penghasilan oksalat dari tubuh manusia. Dalam praktis klinikal, vitamin C tidak meningkatkan terjadinya batu karang oksalat dalam buah pinggang.

BACA:  Bahaya, Jangan Amalkan Letak Hirisan Lemon di Minuman

Seorang Professor Perubatan iaitu Professor Emanuel Cheraskin daripada University of Alabama telah memberikan penerangan tentang mengapa vitamin C bukan punca batu karang buah pinggang. Menurut beliau, vitamin C akan mengikat kalsium ion bebas dalam air kencing dan ini akan menyebabkan kurangnya pembentukan kalsium oksalat iaitu batu karang oksalat. Oleh kerana vitamin C memberikan kesan diuretik atau pengeluaran air kencing yang lebih, maka kepekatan oksalat dalam air kencing menjadi kurang. Oleh itu secara mudahnya, vitamin C boleh meningkatkan sedikit penghasilan oksalat, tetapi ia menghalang pembentukan kalsium oksalat dalam buah pinggang kerana ia menghalang penyatuan kalsium dan oksalat.

Kajian juga menunjukkan pelbagai jenis makanan meningkatkan paras oksalat dalam air kencing seperti

  • Bayam (100-200mg oksalat setiap ounce)
  • Rhubarb
  • Lobak beet
  • Teh (150 – 300mg/sehari)
  • Kopi (150 – 300mg/sehari)

Oleh itu ianya adalah jauh lebih tinggi daripada penghasilan oksalat oleh vitamin C 1000mg /sehari. Oleh kerana pernyataan mengatakan vitamin C sebagai punca batu karang oksalat adalah TIDAK TEPAT, kerana banyak lagi makanan yang menghasilkan lebih tinggi oksalat tidak menyebabkan masalah batu karang buah pinggang.

Kajian yang menyatakan vitamin C sebagai punca batu karang oksalat hanya menulis jumlah pengambilan vitamin C tanpa mengira jumlah pengambilan makanan lain yang juga meningkatkan paras oksalat seperti teh dan kopi. Mungkin juga mereka yang mendapat masalah batu karang buah pinggang sememangnya telah mempunyai batu karang dalam buah pinggang mereka sebelum kajian itu di mulakan lagi.

Mungkin peserta kajian cuba untuk mengamalkan cara hidup sihat dengan mengambil vitamin C sebagai suplemen dalam masa yang sama mereka juga minum teh atau kopi untuk menjaga kesihatan dan mungkin juga mereka mengambil sayur-sayuran hijau seperti bayam untuk makan sayur demi kesihatan.

Mungkin juga mereka yang mendapat batu karang kerana mereka tidak minum air secukupnya dan mereka mengalami masalah kekeringan atau dehidrasi kronik yang mana ianya juga adalah punca kepada masalah batu karang buah pingggang. Semua pembolehubah ini tidak dinilai secara betul dalam kajian tersebut menjadikan kesimpulan kajian tersebut adalah lemah, tidak kukuh dan boleh di persoalkan serta tidak boleh di jadikan sebagai satu polisi kesihatan umum.

Secara umumnya, berdasarkan kajian vitamin C dalam dos yang rendah atau tinggi tidak meningkatkan pengeluaran oksalat dalam air kencing, malahan ia mencegah pembentukan batu karang kalsium oksalat. Faktor risiko yang lebih kuat untuk penghasilan batu karang buah pinggang adalah penyakit hypertensi kronik, obesiti, dehidrasi kronik, pemakanan tinggi makanan proses dan bergula tinggi serta pengambilan magnesium yang rendah dalam makanan.

PERANAN MAGNESIUM DAN BATU KARANG BUAH PINGGANG

Masalah batu karang buah pinggang dan kekurangan magnesium mempunyai senarai punca yang sama iaitu pemakanan tinggi gula, makanan proses, alkohol, makanan tinggi oksalat dan kopi. Kajian menunjukkan magnesium mempunyai fungsi yang penting mencegah terjadinya penyakit batu karang buah pinggang.

Magnesium meransangkan penghasilan kalsitonin yang menarik kalsium daripada darah dan tisu lembut lain dan menghantarnya masuk ke dalam tulang untuk menguatkan tulang. Ia juga penting untuk mencegah radang sendi dan pembentukan batu karang buah pinggang. Magnesium juga menekan aktiviti hormon parathyroid dan mencegah masalah reput tulang. Magnesium mengaktifkan vitamin D dan membantu penyerapan kalsium untuk membina tulang yang kuat.

Magnesium di perlukan dalam semua aktiviti enzim untuk membentuk tulang baru dan magnesium juga meregulasi pergerakan kalsium dalam tubuh. Semua fungsi magnesium ini menjadikan kalsium berfungsi sebagaimana yang sepatutnya dan menghalang kalsium membentuk batu karang.

Magnesium juga menghalang kalsium menjadi ter’kristal’ walaupun semasa seseorang mengalami masalah dehidrasi. Oleh itu magnesium adalah sangat penting dalam rawatan dan pencegahan masalah batu karang buah pinggang. Jika paras magnesium tidak mencukupi dalam tubuh ia akan menyebabkan kalsium di depositkan ke dalam pelbagai tisu tubuh yang di panggil sebagai kalsifikasi (calcification). Masalah kalsifikasi ini lah sebenarnya yang membentuk batu karang buah pinggang, kejang otot, bengkak urat (fibrositis), sakit-sakit urat (fibromyalgia) dan pengerasan saluran darah atau atherosklerosis yang mana berlaku juga kalsifikasi pada dinding saluran darah arteri.

Dr George Bunce telah membuktikan secara klinikal kaitan diantara penyakit batu karang buah pinggang dan kekurangan magnesium. Sejak daripada tahun 1964, beliau telah menunjukkan pengambilan 420mg dos magnesium oksida sehari membantu kepada pesakit yang mempunyai masalah batu karang buah pinggang . Kajian terkini menunjukkan magnesium oksida ini tidak diserap dengan baik oleh usus, oleh itu sekarang terdapat pelbagai bentuk suplemen magnesium yang mempunyai penyerapan yang lebih baik dan kesan yang lebih baik.

Batu karang kalsium oksalat boleh di cegah secara efektif dengan mengambil secukupnya magnesium melalui pemakanan kaya dengan magnesium seperti sayur berdaun hijau, kekacang dan lain-lain atau ambil suplemen magnesium. Pengambilan suplemen magnesium sekurang-kurangnya dengan dos 300 ke 400mg sehari. Nisbah yang baik diantara magensium dan kalsium adalah 1:1 dari segi dos nya.Terdapat pelbagai jenis suplemen magnesium seperti magnesium citrate, chelate, malate atau chloride. Suplemen magnesium oksida adalah yang paling murah dan mudah di dapati tetapi hanya 5% sahaja yang akan di serap oleh tubuh dan selebihnya akan menjadikan najis lawas atau mungkin menyebabkan masalah cirit-birit. Suplemen magnesium citrate adalah yang paling baik penyerapannya, murah dan mudah di dapati di farmasi atau klinik.

FUNGSI DAN TUGAS VITAMIN C DALAM MELARUTKAN BATU KARANG

Batu karang kalsium fosfat hanya boleh berlaku dalam saluran air kencing yang tidak berasid. Vitamin c atau asid askorbik akan menjadikan air kencing berasid, oleh itu ia akan bertindak melarutkan batu karang fosfat dan mencegah pembentukannya.

Air kencing yang berasid akan melarutkan batu karang magnesium ammonium fosfat yang mana jika tidak di rawat di peringkat awal ia terpaksa di keluarkan melalui pembedahan. Begitu juga batu karang struvite yang berkait rapat dengan jangkitan kuman saluran kencing. Kedua-dua batu karang jenis ini boleh di rawat dengan mengambil vitamin C dengan dos yang lebih tinggi. Kedua-duanya boleh dicegah 100% dengan pengambilan vitamin C setiap hari melebihi jumlah dos RDA.

Batu karang oksalat pula boleh terjadi samada seseorang itu mengambil vitamin C atau tidak. Oleh kerana itu, batu karang oksalat ini boleh di cegah dengan mengambil vitamin B komplek dan magnesium. Pengambilan multivitamin atau suplemen B kompleks dua kali sehari dengan suplemen magnesium 400mg setiap hari telah memadai mencegah masalah batu karang oksalat ini.

TIPS UNTUK MENGURANGKAN RISIKO MENDAPAT BATU KARANG BUAH PINGGANG :

  1. Pengambilan air secukupnya untuk dan jangan biarkan diri mengalami dehidrasi atau kekurangan air. Pengambilan campuran jus sayur dan buah boleh membantu mencegah pembentukan batu karang kerana jus sayur dan buah ini mengadungi bahan ‘citrate’ yang mencegah pembentukan asid urik dan mencegah garam kalsium menjadi terkristal.
  2. Mengawal pH atau keasidan air kencing dengan menjadikan air kencing sedikit berasid untuk mencegah jangkitan saluran air kencing, melarutkan batu karang fosfat dan struvite. Ia tidak akan menyebabkan terjadinya batu karang oksalat. Cara paling mudah menjadikan air kencing sedikit berasid adalah dengan mengambil suplemen vitamin C setiap hari.
  3. Menurangkan pengambilan makanan yang tinggi oksalat seperti rhubarb, bayam, cokelat, teh dan kopi yang berlebihan.
  4. Menurunkan berat badan juga membantu mengurangkan risiko batu karang buah pinggang kerana kajian menunjukkan seseorang yang mempunyai masalah obesiti mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit batu karang buah pinggang.
  5. Kalsium bukanlah punca berlakunya masalah batu karang buah pinggang malahan kajian menunjukkan paras kalsium yang rendah boleh menyebabkan masalah buah pinggang.
  6. Kebanyakan batu karang buah pinggang mempunyai kalsium di dalamnya, tetapi kajian menunjukkan kebanyakan masyarakat kita sekarang mempunyai masalah kekurangan kalsium. Kita tidak sepatutnya mengurangkan pengambilan kalsium, kerana kajian menunjukkan mengurangkan pengambilan bahan fosforus dalam makanan dan minuman seperti minuman berkarbonat kola yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi sebagai asid fosforik. Asid fosforik ini adalah bahan yang sama di gunakan oleh doktor gigi untuk melarutkan lapisan enamel gigi sebelum meletakkan bahan gam resin.
  7. Ambillah suplemen magnesium sekurang-kurangnya dengan dos RDA iaitu 300 ke 400mg sehari. Dos yang lebih tinggi di perlukan iaitu untuk mengekalkan nisbah 1:1 di antara kalsium dan magnesium. Individu yang terlalu banyak mengambil makanan proses dan makanan zaman moden ini lebih memerlukan suplemen magnesium kerana lebih mudah mengalami kekurangan magnesium.
  8. Ambil suplemen vitamin B kompleks dua kali sehari yang mengandungi vitamin B6 (pyridoxine). Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan masalah batu karang dalam kajian keatas haiwan makmal. Kekurangan vitamin B6 adalah sangat biasa berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Kajian juga menunjukkan kekurangan vitamin B1 (thiamine) berkaitan dengan masalah batu karang buah pinggang.
  9. Untuk mengurangkan risiko batu karang buah pinggang akibat gout maka kita perlu mengawal pengambilan fruktosa dalam pemakanan seharian kerana pemakanan tinggi fruktosa menyebabkan masalah asid urik tinggi. Jika telah mempunyai masalah gout, maka seseorang perlu mengawal pengambilan makanan tinggi purina seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebagainya.
    Kajian menunjukkan pengambilan vitamin C suplemen boleh membantu mencegah batu karang asid urik kerana kajian menunjukkan vitamin C meningkatkan pengeluaran asid urik dalam air kencing.
  10. Untuk mencegah masalah batu karang cysteine (hanya 1% kes batu karang) patutnya mengambil pemakanan rendah methionine (sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, minyak kelapa dan minyak zaitun dll) dan mengambil suplemen vitamin C.
  11. Mengurangkan GULA dalam pemakanan adalah sangat oenting kerana kajian menunjukkan pengambilan gula yang tinggi meningkatkan risiko penyakit batu karang buah pinggang.
  12. Jangkitan kuman menyebabkan masalah batu karang buah pinggang kerana jangkitan kuman menyebabkan seseorang menjadi demam. Apabila demam seseorang akan kehilangan lebih banyak air akibat perpeluhan, muntah-muntah dan cirit-birit. Keadaan kekurangan air atau dehidrasi ini akan meningkatkan risiko mendapat masalah batu karang buah pinggang.
BACA:  Hilang Deria Rasa Dan Bau, Badan Lesu Adalah Simptom Simptom Covid-19

Usahakan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan sihat dan mengambil suplemen yang perlu. Pastikan kita mengambil air yang secukupnya setiap hari untuk mengelakkan kita mengalami masalah dehidrasi. Insyaallah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MScAARMMA(UCSI)
MNM(ACNEM), FAGE (MAHE)

References:
1. Thomas LDK, Elinder CG, Tiselius HG, Wolk A, Akesson A. (2013) Ascorbic acid supplements and kidney stone incidence among men: A prospective study. Published Online: February 4, 2013. doi:10.1001/jamainternmed.2013.2296

2. Wandzilak TR, D’Andre SD, Davis PA, Williams HE (1994) Effect of high dose vitamin C on urinary oxalate levels. J Urology 151:834-837.

3. Hickey S, Saul AW. (2008) Vitamin C: The Real Story, the Remarkable and Controversial Healing Factor. Basic Health Publications ISBN-13: 9781591202233

4. Hickey S, Roberts H. (2005) Vitamin C does not cause kidney stones. http://orthomolecular.org/resources/omns/v01n07.shtml

5. Robitaille L, Mamer OA, Miller WH Jr, Levine M, Assouline S, Melnychuk D, Rousseau C, Hoffer LJ. Oxalic acid excretion after intravenous ascorbic acid administration. Metabolism. 2009 Feb;58(2):263-9. doi: 10.1016/j.metabol.2008.09.023.

6. Padayatty SJ, Sun AY, Chen Q, Espey MG, Drisko J, Levine M. (2010) Vitamin C: intravenous use by complementary and alternative medicine practitioners and adverse effects. PLoS One. 5(7):e11414. doi: 10.1371/journal.pone.0011414.

7. Cheraskin E, Ringsdorf, M Jr, Sisley E (1983) The Vitamin C Connection. Bantam Books. ISBN-13: 9780553244342
8. Noonan SC, Savage GP (1999) Oxalate content of foods and its effect on humans. Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition. 8:64-74.

9. Kawazua Y, Okimurab M, Ishiic T, Yuid S. (2003) Varietal and seasonal differences in oxalate content of spinach. Scientia Horticulturae 97:203-210

10. Proietti S, Moscatello S, Famiani F, Battistelli A. (2009) Increase of ascorbic acid content and nutritional quality in spinach leaves during physiological acclimation to low temperature. Plant Physiol Biochem. 47(8):717-23.

11. Gasinska A, Gajewska D. (2007) Tea and coffee as the main sources of oxalate in diets of patients with kidney oxalate stones. ROCZN. PZH 58(1):61-67.

12. Pauling L. (2006) How to Live Longer And Feel Better. OSU Press ISBN-13: 9780870710964

13. Manz F, Wentz A. (2005) The importance of good hydration for the prevention of chronic diseases. Nutr Rev. 63(6 Pt 2):S2-S5.

14. Dean C. (2007) The Magnesium Miracle. Ballantine Books. ISBN-13: 9780345494580

15. Bunce GE, Li BW, Price NO, Greenstreet R. (1974) Distribution of calcium and magnesium in rat kidney homogenate fractions accompanying magnesium deficiency induced nephrocalcinosis. Exp Mol Pathol. 21(1):16-28.

16. Carper J. Orange juice may prevent kidney stones, Lancaster Intelligencer-Journal, Jan 5, 1994

17. Bagga HS, Chi T, Miller J, Stoller ML. (2013) New insights into the pathogenesis of renal calculi. Urol Clin North Am. 2013 Feb;40(1):1-12. doi: 10.1016/j.ucl.2012.09.006.

18. L. H. Smith, et al (1974) Medical evaluation of urolithiasis. Urological Clinics of North America. 1:2, 241-260.

19. Hagler L, Herman RH, (1973) Oxalate metabolism, II. American Journal of Clinical Nutrition, 26(8): 882-889.

20. J. A. Thom, et al (1978) The influence of refined carbohydrate on urinary calcium excretion. British Journal of Urology, 50(7): 459-464.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

x