≡ Menu

Muazzin Dah Iqamat, Tapi Tengah Solat Sunat. Macam Mana Nak Buat Ni?

SOALAN
Kalau seorang sedang solat fardu sendirian tiba-tiba muazzin telah iqamat maka bagaimana kita yang sedang solat ini mahu berbuat?

JAWAPAN
Jika seorang yang sedang solat kemudian terdengar iqamah maka jika dia sudah berada pada hujung solat hendaklah dia teruskan sampai salam kemudian masuk ke dalam saf berjemaah.

Akan tetapi jika dia berada pada pertengahan solat atau baru memulai solat maka setengah pendapat fuqahak yang mengharuskan atasnya memutuskan solat untuk masuk kedalam jemaah.

Dan setengah fuqahak berpendapat harus dia jadikan solat yang sedang dia kerjakan itu satu rakaat sahaja kemudian selepas salam segera ia masuk ke dalam saf.

Tersebut pada Kitab Fathul Mu’in:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Disunatkan bagi yang solat sendirian yang melihat akan jemaah menukar solatnya yang fardu kepada sunat secara mutlak dan memberi salam selepas dua rakaat apabila tidak bangun ia untuk rakaat yang ketiga kemudian masuk ia ke dalam jemaah.

Sungguh jika takut ia keluputan berjemaah jika dia selesaikan dua rakaat nescaya disunatkan baginya memutuskan solat dan memulakan solat berjemaah.

Telah menyebutnya di dalam Al-Majmu’.

Dan Imam Bulqini telah membahaskan bahawasanya orang itu hendaklah beri salam sekali pun dari satu rakaat.

Ada pun apabila bangun ia bagi rakaat yang ketiga maka sunat dia sempurnakan jika tidak bimbang luput berjemaah kemudian masuklah dia ke dalam jemaah.”

BACA:  Boleh Diteruskan Pesta Arak Oktoberfest, Asalkan tak jadi masalah pada umat Islam

Maksudnya jika seorang itu sedang solat fardu lalu diiqamatkan untuk solat maka hendaklah dia jadikan solatnya itu solat sunat mutlak jika belum masuk ke rakaat yang ketiga kemudian salam dan masuk ke dalam jemaah solat fardu.

Jika dia khuatir tidak sempat masuk ke dalam solat jemaah maka harus dia berhenti dari solatnya itu untuk masuk ke dalam jemaah.

Dan harus juga dia beri salam segera sekalipun hanya sempat solat satu rakaat.

Wallahua’lam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.