
Pemilihan nama untuk bayi menjadi antara tugasan yang sukar untuk mak ayah. Maklumlah, nak pilih nama yang memberi maksud yang baik kepada anak sendiri memerlukan pembacaan dan carian yang mendalam supaya tidak tersalah pilih. Namun, sudah pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam akan memilih nama anak lelaki bermula dengan Muhammad sempena nama Rasulullah SAW bukan?
Macam mana pula dengan orang di negara luar?
‘MUHAMMAD’ NAMA KEDUA PALING POPULAR UNTUK BAYI DI NETHERLANDS

Baru-baru ini dalam satu perkongsian di laman web TRT World memaparkan informasi bahawa pemilihan nama untuk bayi baru lahir kedua paling popular di Netherlands adalah ‘Muhammad’.
Mungkin ramai yang terkejut apabila nama Islam seperti Muhammad menjadi pilihan bagi rakyat negara Netherlands yang mungkin ramai menganggap sebagai negara yang dihuni oleh orang bukan beragama Islam. Berdasarkan data dari Dutch Social Insurance Bank (SVB), selain Muhammad, nama yang menjadi pilihan tertinggi juga adalah ‘Noah’ dan ‘Emma’ untuk bayi perempuan.
Walaupun ada pelbagai jenis ejaan, namun pilihan ejaan nama untuk Muhammad berada di tempat kedua untuk diberikan kepada bayi lelaki.
RUPANYA RAMAI KOMUNITI MUSLIM
Bukan tu sahaja, berdasarkan satu perkongsian ciapan di laman Twitter @callmefye, dia juga menyampaikan informasi yang ramai tidak tahu bahawa sebenarnya ramai komuniti Muslim di negara Netherlands.
Bukan itu sahaja, buat anda yang merancang untuk melancong ke Netherlands ini merupakan lokasi yang boleh dimasukkan dalam ‘bucket list’. Hal ini kerana, berdasarkan pandangan orang yang tinggal di sana, makanan halal mudah didapati dan warga tempatan yang peramah.
