≡ Menu

Musim Hujan Ni Janganlah Kita Mencela Hujan, Mengeluh. Perbuatan Ini Dilarang Allah

APABILA tibanya musim hujan, segelintir orang begitu seronok. Masakan tidak, hujankan satu rahmat.

Malah, ketika turunnya hujan itulah adalah waktu mustajab kita berdoa. Berdoalah apa sahaja kepada ALLAH SWT, insya-ALLAH akan dikabulkan jika kena gayanya.

Namun begitu, ada juga yang menganggap hujan itu menyusahkan rutin mereka. Bahkan ada yang mengeluh hingga mencela hujan. Mengikut pandangan golongan ini, hujan akan menyebabkan kerja mereka tergendala.

Bolehkah kita mencela hujan sedangkan ia juga ciptaan ALLAH SWT? Apakah pandangan Islam tentang perkara ini?

Sebenarnya, mencela hujan adalah suatu celaan pada musim atau waktu tertentu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ALLAH SWT berfirman: “Anak Adam menyakiti AKU. Dia mencela masa sedangkan AKU adalah masa. Di tangan-KU ada segala urusan. AKULAH yang membolak-balikkan siang dan juga malam.” (Riwayat al-Bukhari)

Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani apabila mensyarahkan hadis ini menukilkan kata-kata Imam Al-Khattabi yang menyebut: Maksud hadis ini adalah: “Aku (ALLAH) merupakan pemilik kepada masa serta pentadbir segala perkara yang mereka nisbahkan kepada masa.”

BACA:  Orang Yang Bahagia Tak Akan ‘Tayang’ Semua Benda Di Media Sosial, Kenapa? Mungkin Ini Sebabnya

“Maka sesiapa yang mencela masa dengan sebab ia yang melakukan perkara-perkara ini, maka celaannya itu tadi kembali kepada Tuhan masa yang melakukan hal tersebut. Sesungguhnya Al-Dahr adalah masa yang dijadikan zharaf bagi perkara-perkara yang berlaku,” kata Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani. (Rujuk Fath Al-Bari, Ibn Hajar (8/437)

Berdasarkan hadis berkenaan, jelas menunjukkan perbuatan mencela masa itu adalah sama seperti mencela Tuhan kepada masa iaitu ALLAH. Maka, hukumnya adalah jelas haram.

Ada sebuah hadis yang jelas menyatakan keharaman perbuatan itu.

Sabda baginda SAW: “Janganlah kamu mencela masa kerana sesungguhnya ALLAH merupakan masa.” (Riwayat Muslim)

Justeru, mencela hujan adalah haram. Ini kerana ALLAH SWT yang menurunkan hujan.

Ketahuilah bahawa mencela hujan ibarat kita mencela zat yang menurunkannya iaitu ALLAH SWT.

Sedangkan, hujan secara asasnya merupakan salah satu nikmat daripada ALLAH SWT.

BACA:  Empat Checklist Yang Wajib Pesakit Kencing Manis Tahu.

Hukum haram itu tidak hanya terbatas kepada mencela hujan semata-mata. Bahkan, menganggap sial dan mencela sesuatu masa juga haram. Tidak kiralah sama ada ia adalah hari, bulan atau tahun tertentu.

Ia termasuk juga mencela musim kemarau yang panjang. Semua itu dilarang. Hukumnya adalah haram kerana ALLAH SWT yang mengurus tadbir semuanya.

Seperkara, jangan lepaskan peluang berdoa apabila turunnya hujan. Doa yang dianjurkan: “Ya ALLAH, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat.” (Riwayat al-Nasai)

Ikutilah adab yang telah diajarkan Islam untuk kita sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT supaya menjadikan sesuatu yang berlaku itu sebagai bermanfaat.

Tidak perlulah mencela hujan atau apa sahaja makhluk yang diciptakan oleh ALLAH. Hujan ada banyak manfaat.

Dengan hujan, tanaman hidup subur dan bumi tidak kering-kontang. Bersyukurlah dengan nikmat kurniaan ALLAH ini.

Sumber: Al-Kafi #902: Hukum Mencela Hujan, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.