≡ Menu

Musim Hujan, Sah kah Solat Jika Pakaian Terkena Percikan Air Hujan Dari Jalan

SOALAN
Saya hendak tanya satu soalan kalau kita pergi ke masjid untuk sembahyang samada berjalan kaki atau menaiki motosikal atau basikal pada ketika hujan kemudian bila sampai di masjid kita nampak baju atau kain sudah terpercik air yang kotor dari jalan yang basah.

Adakah boleh kita sembahyang memakai baju itu atau kena bersihkan dulu atau kena pakai baju yang lain?

BACA:  Hari Arafah, Kenapa Ia Merupakan Peristiwa Yang Umat Islam Wajib Tahu.

JAWAPAN
Pakaian yang terkena percikan air yang kotor yang ada pada jalan yang kita lalui adalah dimaafkan pada syarak kerana sukar memeliharanya dari terpercik.

Maksudnya sah sembahyang dengan memakainya dan tetapi membersihkannya terlebih dulu adalah afdhal.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Berkata Imam Ghazali:

Dimaafkan dari tanah segala jalan pada barang yang keuzuran memelihara daripadanya pada kebiasaan.”

(Kitab Al-Wajiz)
Dan jika air yang terpercik pada pakaian itu najis maka jika sedikit dimaafkan dan jika banyak tidak dimaafkan seperti najis yang lain.

BACA:  Jika Kita Mengejek Orang Yang Berubah Ke Arah Kebaikan, Ketahuilah Darjat Kita Lebih Rendah Darinya

Telah berkata oleh Imam Ar-Rafi’I:

Dan ada pun kotoran yang diyakini najisnya maka dimaafkan jika sedikit daripadanya dan jika banyak maka tidak dimaafkan daripadanya sama seperti sekelian najis.”

(Kitab Syarah Al-Wajiz)
Wallahua’lam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.