≡ Menu

Musim Panas, Elok Makan Tembikai. Selain Menghilangkan Dahaga, Ini Kelebihannya

Di negara kita terdapat banyak jenis buah-buahan yang banyak memberi manfaat dan khasiat nya yang tersendiri . Antaranya buah yang berkhasiat adalah seperti buah tembikai. Hampir 90% buah ini mengandungi air. Ia sangat sesuai dimakan atau dibuat jus kerana iklim di Negara kita yang agak panas sepanjang tahun.

Tembikai amat kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain sangat bernilai tinggi dalam perubatan.

7 Khasiat Buah Tembikai Yang Menyembuhkan Pelbagai Penyakit

1. Melawaskan buang air kecil
Jika mengalami masalah buang air kecil yang tidak lancar, boleh mencuba terapi buah tembikai yang memiliki kandungan air yang tinggi, sehingga boleh meningkatkan pengeluaran urin dalam badan. Tembikai juga boleh membantu membuang racun di dalam hati sehingga melancarkan sistem dalam ginjal manusia.

2. Menurunkan tekanan darah
Orang yang memiliki penyakit hipertensi atau tekanan drah tinggi disarankan untuk makan buah tembikai. Ia mempunyai kesan yang sangat baik pada pembuluh darah dan mengatasi tekanan yang terlalu berat pada pembuluh darah di jantung.

3. Mengelak dari kanser
Tembikai memiliki kandungan vitamin C dan Lycopene, kedua zat ini sangat penting untuk melindungi tubuh badan dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Walaupun tidak dimaksudkan sebagai ubat kepada penyakit kanser tetapi mengamalkan nya insyallah dapat mencegah dari penyakit itu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

4. Mengatasi sembelit
Tembikai adalah buah yang memiliki kandungan serat dan air dalam jumlah yang tinggi. Jika mempunyai masalah sukar buang air besar insyallah serat yang terkandung dalam buah tembikai ini boleh diatasi. Terutama jika kekurangan serat larut dalam usus.

5. Mencegah dehidrasi
Kekurangan air boleh menyebabkan tubuh badan menjadi lemah, selain itu juga kekurangan air boleh menyebabkan ginjalberkerja dengan lebih kuat sehingga menyebabkan ganguan pada ginjal.
Oleh sebab itu memakan tembikai dapat mencegah dehidrasi tubuh kerana lkandungan airnya yang bayak.

BACA:  Alternatif Untuk Selamatkan Rambut Yang Menipis! Murah Sahaja

6. Mengatasi kekejangan otot
Pernahkah anda mengalami kekejangan otot? Cubalah makan tembikai untuk meredakannya!. Asid asimo citrulina yang terkandung dalam tembikai memiliki kesan yang baik bagi meredakan kekejangan otot. Ia boleh membuat tubuh badan menjadi lebih santai sehingga otot diredakan.

7. Mengurangi risiko hipertensi dan strok
Pada buah tembikai terdapat unsur yang mencegah pengerasan dinding pembuluh arteri mahupun vena yang dapat menyebabkan hipotensi. Tentu saja manfaat ini dapat dirasakan jika diamalkan pemakanannya secara rutin. Kalium yang terkandung dalam buah tembikai juga menyihatkan jantung.

Buat yang kurang tidak suka buah tembikai mungkin perlu belajar menyukainya kerana khasiat nya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.