≡ Menu

Muslimah Perlu Tahu, Tanda Tanda Suci Daripada Haids.

SOALAN

Assalammualaikum, Adakah wanita haid perlu tunggu tempoh 15 hari walaupun darah sudah berhenti pada hari ke – 6? Apakah tanda-tanda suci untuk dijadikan panduan bagi saya mandi hadas daripada haid? Mohon pencerahan Datuk Mufti, Terima Kasih.

Ringkasan Jawapan:

Wanita perlu mandi wajib apabila darah haid sudah berhenti disamping terdapat tanda-tanda suci daripada haid seperti kering daripada darah   ( الجوف ) atau keluar cairan putih jernih ( قصة البيضاء ). Wanita yang telah kering haid pada hari ke-6 tidak perlu menunggu sehingga hari ke hari-15 untuk mandi wajib. Bahkan apabila terdapat salah satu tanda suci maka diwajibkan ke atas mereka mandi hadas untuk pelaksanaan ibadah. Kaedah mengenal pasti tanda suci daripada haid dengan cara memasukkan kapas ke dalam faraj, lalu kapas yang dikeluarkan itu kering putih bersih tanpa kesan-kesan darah mahupun terdapat cairan putih setelah darah kering.

Huraian Jawapan:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Wanita mempunyai tempoh-tempoh haid tertentu tanpa mesti terikat dengan tempoh maksimum 15 hari. Tempoh haid terbahagi kepada tiga bahagian iaitu minimum, maksimum dan kebiasaan. Tempoh minimum haid sehari semalam iaitu 24 jam, tempoh maksimum haid ialah 15 hari 15 malam dan kebiasaan haid adalah 6 atau 7 hari. [1]

Soalan yang diajukan berkaitan wanita yang telah kering darah pada hari ke – 6 dan menunjukkan tanda suci maka baki hari seterusnya adalah suci. Perkara ini dijelaskan oleh para fuqaha mazhab Syafi’i antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini :

«(وغالبه) أَي الْحيض (سِتّ أَو سبع) وَبَاقِي الشَّهْر غَالب الطُّهْر

Kebiasaan tempoh haid ialah 6 atau 7 hari dan baki bulan adalah kebiasaan suci haid

Seterusnya, panduan wanita suci daripada darah haid melalui dua tanda iaitu kering daripada darah   ( الجوف ) atau keluar cairan putih   ( قصة البيضاء ). Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayat oleh Aisyah R.Anha :

كَانَتْ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ إلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا بِالدُّرْجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ مِنْ دَمِ الْحَيْضِ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيدُ بِذَلِكَ الطُّهْرَ مِنْ الْحَيْضَةِ

BACA:  Arab Saudi Telah Mempersiapkan Kedatangan Dajjal?

Maksudnya: Dahulu para wanita datang menemui Aisyah R.Anha dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka, “Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.” [2]

Imam Nawawi menjelaskan bahawa tanda berhenti darah haid atau suci adalah tidak keluar darah mahupun  warna cecair kekuningan atau warna keruh, cuma yang keluar hanya cairan putih atau tidak keluar apa-apa cairan sama sekali.[3] Seterusnya, cecair putih menunjukkan permulaan kiraan suci selain petanda akhir haid .[4]

Dua tanda suci daripada haid ialah cecair putih (القصة البيضاء) dan kering (الجفوف). Cara ini dapat dikenal pasti   dengan memasukkan kain kapas ke dalam faraj, kemudian apabila   dikeluarkan ianya   kering tanpa kesan darah. Cecair putih menunjukkan penghujung haid dan tanda-tanda suci daripada haid. Tiada tanda selepasnya sehingga melihat tanda cecair putih atau kering. Maksud hadis “ Janganlah kamu tergesa-gesa” menunjukkan bahawa cecair kekuningan dan keruh yang terdapat dalam tempoh haid adalah haid. Hal ini kerana hukum wanita haid sehingga dia melihat cecair putih yang kadang-kadang sebelumnya terdapat warna cecair kuning atau keruh. Cecair putih yang ditolak keluar daripada rahim adalah pada waktu haid berhenti. [5]

Justeru itu, wanita perlu mandi wajib setelah mendapati tanda cecair putih jernih pada kapas setelah dikeluarkan daripada faraj. Perkara ini dijelaskan oleh Imam Hajar al-Haitami dalam karya Tuhfah Minhaj:

‌وَكَذَا ‌فِي ‌الِانْقِطَاعِ ‌بِأَنْ ‌كَانَتْ ‌لَوْ ‌أَدْخَلَتْ ‌الْقُطْنَةَ ‌خَرَجَتْ ‌بَيْضَاءَ ‌نَقِيَّةً ‌فَيَلْزَمُهَا ‌حِينَئِذٍ ‌الْتِزَامُ ‌أَحْكَامِ ‌الطُّهْرِ،

Haid terputus apabila dimasukkan kapas pada faraj kemudian keluar putih dan jernih, maka lazim baginya untuk melaksanakan kewajipan seperti hukum hakam orang yang suci (iaitu solat, puasa dan ibadah lain)“.[6]

Informasi tanpa berkaitan haid, rujuk pautan berikut :

PENUTUP

Kesimpulannya, fuqaha berpandangan terdapat dua tanda wanita suci daripada haid iaitu kering daripada darah atau terdapat cecair putih. Kaedah mengenal pasti wanita suci daripada haid dengan cara memasukkan kapas pada faraj, sekiraya kapas yang dikeluarkan itu kering tanpa kesan darah mahupun terdapat cecair putih jernih, maka ia merupakan tanda-tanda suci daripada haid. Sekiranya wanita mempunyai salah satu daripada tanda suci tersebut maka diwajibkan ke atas mereka mandi hadas untuk pelaksanaan ibadah tanpa perlu menunggu hari ke 15.

BACA:  Semaikan Amal Kebaikan Walaupun Kecil, Allah Maha Menghitung

Wallahu a’lam

 

Rujukan:

[1]Al-Khatib Syirbini. al-Iqna’ fi Halli al-Fadz Abi Syuja’  ( Bayrut: Dar Al-Fikr, t.th )1:96

فِي مُدَّة الْحيض قلَّة وَكَثْرَة وغالبا (وَأَقل الْحيض) زَمنا (يَوْم وَلَيْلَة) أَي مِقْدَار يَوْم وَلَيْلَة وَهُوَ أَرْبَعَة وَعِشْرُونَ سَاعَة فلكية (وَأَكْثَره خَمْسَة عشر يَوْمًا بلياليها) وَإِن لم تتصل الدِّمَاء وَالْمرَاد خَمْسَة عشر لَيْلَة …. (وغالبه) أَي الْحيض (سِتّ أَو سبع) وَبَاقِي الشَّهْر غَالب الطُّهْر

[2] al-Muwatta No 189, 2/80, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Haid, Bab Iqbal al-Mahid wa Idbar hi   m/s 88)

[3] Al-Nawawi, Abu Zakariyya Mahya al-Din. Al-Minhaj Syarh Sahih ‘ala Muslim (Beirut: Dar Ihya’ Turath al-Islami, 1392) 4:22

أَنَّ عَلَامَةَ انْقِطَاعِ الْحَيْضِ وَالْحُصُولِ فِي الطُّهْرِ أَنْ يَنْقَطِعَ خُرُوجُ الدَّمِ وَالصُّفْرَةِ وَالْكُدْرَةِ وَسَوَاءٌ خَرَجَتْ رُطُوبَةٌ بَيْضَاءُ أَمْ لَمْ يخرج شيء أصلا

[4] Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari ( Bayrut : Dar al-Ma’rifah, tth) 1:420

أَنَّ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ عَلَامَةٌ لِانْتِهَاءِ الْحَيْضِ وَيَتَبَيَّنُ بِهَا ابْتِدَاءُ الطُّهْرِ

[5] Ibn Battal, Abu Hasan, Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Battal (Riyadh: Maktabah Rusdi, 2003) 1:445-446.

وأما إدبار الحيض، فهو إقبال الطهر، وله علامتان: القصة البيضاء، والجفوف، وهو أن تدخل الخرقة فتخرجها جافة.

شرح صحيح البخارى حتى ترين القصة البيضاء -، يدل على أنها آخر ما يكون من علامات الطهر، وأنه لا علامة بعدها أبلغ منها، ولو كانت علامة أبلغ منها، لقالت: حتى ترين القصة أو الجفوف. وفى قولها: تمت لا تعجلن حتى ترين القصة -، دليل أن الصفرة والكدرة فى أيام الحيض حيض، لأنها فى حكم الحائض حتى ترى القصة البيضاء، وقد ترى قبلها صفرة، أو كدرة. والقصة: الماء الأبيض الذى يدفعه الرحم عند انقطاع الحيض، شبه لبياضه بالقص وهو الجص،

[6] Ibn Hajar Al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin Ali Tuhfaz Muhtaj Fi I Syarh Al-Minhaj Hawasyi Al-Syarwani Wa Al-Ubadi, (Beirut: Dar al-Ihya’ Turath al-‘Arabi. 1983) 1:400

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.