≡ Menu

Nak Buat Penyembelihan? Ketahui Rukun Penyembelihan Dalam Islam

Raya haji akan datang, pasti ramai yang akan melaksanakan ibadah korban. Ada yang akan mengambil agen atau wakil untuk korban, ada juga yang memilih untuk korban sendiri. Dah semak rukun penyembelihan?

Mari teliti rukun penyembelihan supaya anda tidak tersilap ketika menyembelih sendiri haiwan korban anda.

Rukun Sembelihan

Rukun penyembelihan terhadap binatang terbahagi kepada empat:

  1. Penyembelih
  2. Binatang yang ingin disembelih
  3. Alatan untuk menyembelih
  4. Keadaan (tempat/perbuatan) sembelih

Syarat Penyembelihan 

Menurut Mufti Sabah, syarat menyembelih adalah memutuskan halkum dan marih/mariyy iaitu urat perjalanan oksigen atau nafas dan saluran makanan.

Halkum yang dimaksudkan adalah ketulan atau benjolan pada leher.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Binatang Yang Disembelih

Binatang yang ingin disembelih itu perlulah haiwan yang halal untuk dimakan orang Islam dan masih hidup.

Sekiranya kita berbicara tentang haiwan korban, haiwan-haiwan tersebut perlulah haiwan al an’am. Iaitu haiwan-haiwan yang dibenarkan sebagai haiwan penyembelihan.

Haiwan-haiwan tersebut adalah:

  1. Unta
  2. Lembu/Kerbau
  3. Biri-biri
  4. Kambing

Penyembelih adalah seorang:

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji

Alat Sembelihan

Tidak semua alatan boleh dijadikan sebagai alatan korban. Ini juga sebenarnya bentuk ihsan kepada haiwan supaya apabila disembelih, ia tidak sakit dan ia mati dengan kadar segera.

Rasulullah s.a.w bersabda:

إنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ: فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ، وَلْيُحِدْ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menulis (mewajibkan) ihsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh (dengan alasan yang sah), maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia merehatkan (menyenangkan) haiwan sembelihannya itu”.

Hadis Riwayat Muslim

Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah dengan tidak mengasah pisau menyembelih di hadapan haiwan korban.

Dalam riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, daripada Ibn ‘Abbas:

أَنَّ رَجُلًا أَضْجَعَ شَاةً يُرِيدُ أَنْ يَذْبَحَهَا وَهُوَ يَحُدُّ شَفْرَتَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “أَتُرِيدُ أَنْ تُمِيتَهَا مَوْتَاتٍ؟ هَلْ حَدَدْتَ شَفْرَتَكَ قَبْلَ أَنْ تُضْجِعَهَا”

Bahawa seorang lelaki membaringkan biri-biri yang dia hendak menyembelihnya, di samping ketika itu dia menajamkan mata pisaunya. Maka Nabi s.a.w bersabda: “Apakah engkau mahu membunuhnya beberapa kali? Mengapa tidak engkau tajamkan mata pisaumu sebelum engkau membaringkannya?!!”

Hadis Riwayat al-Hakim, dia menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi

Alatan yang tidak dibenarkan adalah; gigi, tulang dan kuku.

Syarat Sah Sembelihan

  1. Haiwan yang disembelih adalah dalam keadaan  Hayat al-Mustaqirrah. Keadaan haiwan itu tidak mati kerana sakit atau cedera.
  1. Putus halkum dan urat merih
  1. Memotong sekaligus dengan cepat
  1. Sekiranya binatang yang disembelih itu mempunyai anak di dalam perutnya, ia halal dimakan selagi ia mati dengan kematian ibunya.
BACA:  Selemah-Lemah Manusia Menurut Hadis. Nauzubillah

(Tetapi sebaiknya, pilih haiwan korban yang tidak hamil. Daripada Mufti Wilayah Persekutuan, “tidak sah untuk haiwan yang hamil dijadikan sebagai korban berdasarkan pandangan muktamad mazhab al-Syafie”)

Ini adalah apa yang digariskan oleh para ulama tentang syarat sah penyembelihan.

  • Berakal (penyembelihnya berakal sama ada lelaki atau wanita,
  • Berakal: Penyembelih samada lelaki atau wanita, baligh atau mumaiyiz.
  • Islam atau Ahli Kitab: Jika penyembelih itu orang yang murtad, sembelihan itu tidak sah
  • Binatang buruan yang halal dan bukan binatang buas
  • Tidak mencampur adukkan dengan membesarkan Allah SWT dan selainnya, samada sebutan secara jelas atau tidak.
  • Putuskan halkum dan urat marih untuk mempercepatkan kematian
  • Peralatan sembelih adalah tajam dan tidak diperbuat daripada tulang, kuku dan gigi.

Sheikh Zakariyya Al-Ansari menyebut :

فالذبح الشامل للنحر، وقتل غير المقدور عليه بما يأتي قطع حلقوم وهو مجرى النفس ومرئ وهو مجرى الطعام من حيوان مقدور

Maksudnya : “Sembelihan itu termasuklah Al-Nahr dan membunuh haiwan yang tidak boleh dimatikan dengan cara yang biasa adalah memutuskan halqum iaitu saluran pernafasan dan juga memutuskan urat mariyy iaitu saluran makanan bagi haiwan.”

Rujuk Fath Al-Wahhab Syarh Minhaj Al-Tullab, 2/333

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.