≡ Menu

Nak Doa Cepat Dimakbulkan Istiqamah Solat Di Awal Waktu!


Wuduk dan solat saling berkait rapat. Untuk mendirikan solat perlu mempunyai wuduk dan ia satu kewajipan bagi umat Islam. Dalam salah satu perkongsian siri ceramah oleh Ustazah Asma’ Harun ada menyatakan bahawa kelebihan berwuduk yang mampu membersihkan dan menyucikan diri secara zahir dan batin. Malah rahsia solat diawal waktu yang mampu memakbulkan doa dengan cepat.

Anggota wuduk adalah anggota yang terdedah pada dosa. Anggota wuduk juga anggota yang mudah terdedah kepada penyakit. Penyakit berjangkit melalui iaitu mata, mulut, hidung, telinga, tangan dan kaki.Anggota yang tidak melibatkan anggota wuduk tidak berbuat dosa.

Rupanya setiap kali ambil wuduk, Allah sedang bersihkan dan menyucikan kita secara zahir dan batin. Sebab itu umat Islam jika ambil wuduk dengan cara yang betul, adalah manusia paling sihat di dunia berdasarkan rutin 5 kali sehari membersihkan diri.

BACA:  Ruginya Kalau Anda Tak Tahu Rahsia Surah Yasin Ayat Ke 58 Ini

Solat Diawal Waktu
Sementara itu, Ustazah Asma turut menjelaskan, bahawa sesiapa yang nak doanya dimakbulkan Allah dengan cepat, solatlah dengan cepat.Lagi cepat kita tunaikan hak Allah, lagi cepat Allah tunaikan hajat kita.

Kita perlu memperbaiki solat, dengan solat diawal waktu. Sebagaimana sabda Nabi SAW;

“Amalan yang paling dicintai oleh Nabi SAW adalah solat pada waktunya, iaitu solat diawal waktu.”

Ustazah juga menegur ramai yang gemar melengahkan waktu solat. Menganggap tidak mengapa lambat ‘temujanji’ dengan Allah dengan lewat menunaikan solat.

BACA:  Bila Suami Isteri Bersentuhan Ketika Ada Wuduk, Batal Atau Tidak Wuduk Sebenarnya

Hakikatnya, untuk menjadi orang yang berjaya, solatlah pada awal waktu. Ini kerana seruan didalam azan “Hayya Ala’ Falah” itu sendiri, merupakan panggilan menuju kearah kejayaan.

USTAZAH ASMA HARUN NAK ALLAH CEPATKAN DOA KITA DIMAKBULKAN ISTIQAMAH BUAT SATU AMALAN INI

USTAZAH ASMA HARUN – NAK ALLAH CEPATKAN DOA KITA DIMAKBULKAN..ISTIQAMAH BUAT SATU AMALAN INI

POSTED BY USTAZAH NORHAFIZAH MUSA FANS ON SUNDAY, APRIL 21, 2019

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.