≡ Menu

Nak Jadi Orang Yang Diredhai, Perlu Berbuat Baik Dengan Ahli Keluarga Dahulu

Keluarga adalah Segalanya

Rasulullah SAW sering mengingatkan kita tentang keluarga. Keluarga terdiri daripada tiang-tiang dan batu-bata yang akan dipaku dan disimenkan dengan rapi dan teliti agar binaannya kukuh dan tak tergoyah. 

Islam memelihara Institusi kekeluargaan dan sentiasa menekankan peri pentingnya sistem keluarga yang baik ke arah pembentukan masyarakat yang baik. Apabila nilai-nilai murni dan akhlak terpuji mampu terdidik dalam sesebuah keluarga, pastinya bakal melahirkan generasi yang mempunyai peribadi unggul dan cemerlang serta masyarakat pun akan tercorak dengan baik.

Namun, terkadang bangunan yang lama akan ada rekahan dan retakan. Selenggara, pemuliharaan dan pemeliharaan mesti dilakukan selalu agar setiap kecacatan dan kelemahan dapat dibaikpulih dan ditampung sebaiknya. Suami/Ayah sebagai ketua, Isteri/Ibu sebagai penolong dan anak-anak sebagai batu-bata yang akan mengukuhkan tiang-tiang rumah. Semua ahli berperanan menjadikan rumah sentiasa indah, kukuh dan penuh kasih sayang.

Dalam sebuah kajian yang dilaksanakan oleh USIM, terdapat sembilan nilai- nilai kekeluargaan yang disebut di dalam al-Quran iaitu; nilai ‘Iman, Amanah, ‘Adalah (adil), Syura (bermusyawarah), Sabr, Ihsan, ‘Iffah (kasih sayang), Ta’awun wa Takaful (saling membantu), dan Mawaddah (Cinta) wa Rahmah (kasih sayang). Pastinya kesemua nilai ini adalah kunci kepada keutuhan institusi kekeluargaan. 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jangan disebab salah faham, salah laku, kecurangan mahupun kedegilan dan sifat negatif yang wujud dalam diri meruntuhkan kasih sayang yang telah kita bina bertahun lamanya. Pelihara lah dirimu beserta ahli keluargamu!

BACA:  10 Persediaan Sebelum Tibanya Bulan Ramadhan. Persiapkan Amalan Kita

 عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى. رواه الترمذى

“Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” [Hadits Riwayat Tirmidzi]

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.