≡ Menu

Nasihat Ibnu Qayyim Tentang Bekalan Yang Sia-Sia. Nauzubillah

 

Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk melakukan kebaikan dan beribadah sebagaimana yang telah diajarkan dan disampaikan oleh para nabi.

Hidup ini bukan sekadar makan, tidur dan kerja semata-mata. Hidup ini meliputi semua. Dan setiap perkara yang dilakukan itu adalah ibadah dan akan dicatat sebagai pahala kebaikan.

Kita diajar untuk menunaikan solat. Kita diwajibkan untuk berpuasa apabila menjelangnya Ramadan dan yang paling penting ialah kita disuruh meninggalkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling.

Namun, untuk siapa kita melakukan semua itu? Jika menunaikan solat kerana paksaan ibu bapa, jadi apabila mereka sudah tiada lagi, adakah kita akan meninggalkan solat?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jika dipaksa puasa kerana penyakit, jadi adakah bila sudah sembuh nanti, kita tidak akan berpuasa?

BACA:  Al-Quran Adalah Panduan Untuk Ke Pintu Syurga. Subhanallah

Fikir sejenak, kehidupan yang telah anda lalui hari ini untuk siapa? Selama 20 tahun anda hidup, adakah kehidupan anda itu berlandaskan dunia atau orang sekeliling semata-mata?

Ada orang yang solat sekadar solat. Tetapi hatinya masih lagi berat dan malas setiap kali masuknya waktu solat. Ada orang memberi sedekah kerana melihat orang lain juga sedekah. Tetapi tanpa sedar, semua yang dilakukan itu sekadar rutin harian yang tidak lagi dinikmati oleh hati dan iman.

Sebagaimana nasihat Ibnu Qayyim – “Amalan yang dilakukan tanpa disertai ikhlas dan tanpa mengikuti tuntunan Nabi SAW bagaikan seorang musafir yang membawa guni berisi pasir. Bekal pada guni itu memberatkan tetapi tidak membawa apa-apa manfaat.” (Al-Fawa’id, 81)

Beliau menyifatkan bahawa setiap amalan yang kita lakukan di dunia ini perlulah ikhlas keranaNya. Bukan semata-mata kerana rutin harian atau bukan juga kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Bimbang jika dilakukan dengan niat selain Allah, ia sekadar menjadi sesuatu yang sia-sia. Lantas, bekal apa yang kita ingin tunjukkan di hadapan Allah kelak?

Justeru, setiap hari perbaharui niat untuk kehidupan anda. Kehidupan anda hari ini adalah untukNya dan setiap amalan yang anda lakukan adalah keranaNya.

Wallahu a’alam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.