≡ Menu

Nauzubillah, Kubur Orang Islam Menjadi Tempat Pemujaan Di Singapura

MELAKA 19 SEPTEMBER 2016. ( mm180n ) Kubur lama yang dipercayai berusia ratusan tahun di Kampung Chohong. NSTP/KHAIRUNISAH LOKMAN

Siapa sangka kubur orang Islam disembah dan dipuja di sebuah pulau berhampiran Singapura, apatah lagi kubur tersebut disembah oleh pelbagai kaum.

Kubur Islam di pulau Kusu Singapura menjadi tumpuan penduduk Singapura, Malaysia dan juga luar negara, bagi yang ingin menilik nombor ekor, menilik nasib, nak dapatkan anak, jodoh, kekayaan dan yang berhajat Covid-19 ini hilang!

Pelbagai permintaan dan hajat diminta pada kubur milik orang Islam ini, nak tahu kubur siapakah bersemadi di pulau Kusu ini, jom selongkar misterinya di bawah.

Tiga Kubur Orang Islam Yang Warak

Foto – Malaysia Map

Kubur yang terdapat di puncak bukit pulau Kusu ini dikatakan milik Syed Abdul Rahman, Nenek Ghalib ibunya dan Puteri Fatimah adiknya dari kurun ke-19.

BACA:  8 Tabiat Buruk Yang Merosakkan Otak Kita. Gantikan Dengan Amalan Yang Lebih Sihat.

Dikatakan ketiga-tiga individu ini merupakan orang Islam yang warak sewaktu hidup mereka, dan disebabkan sifat warak tersebut penduduk di sekitar percaya kubur tersebut miliki kuasa mistik yang dapat menunaikan apa jua permintaan.

Kubur Keramat, Ampuh Beri Apa Yang Dihajati

Dengan kepercayaan yang telah bertapak sejak zaman dahulu lagi, dan disampaikan oleh datuk dan nenek moyang penduduk sekitar mengenai kubur ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pulau Kusu sentiasa mendapat kunjungan dan ramai yang mula menyembah dan memuja kubur orang Islam yang terdapat di puncak bukit pulau tersebut.

Pelbagai Bangsa Dan Agama Menyembah Dan Memuja

Bukan itu saja, pelbagai bangsa seperti melayu, cina dan juga pelancong asing berkunjung ke pulau Kusu ini bagi menyembah dan memuja kubur tersebut agar apa yang dihajati tertunai.

Didakwa Mampu Beri Keajaiban Kepada Si Pemuja

Ramai pengunjung percaya kubur orang Islam yang warak ini mampu menunaikan hajat mereka, dan mereka juga percaya bahawa kubur ini dapat memberi keajaiban kepada si pemuja atau penyembah kubur.

Perbuatan Khurafat Bagi Orang Islam Yang Puja Kubur

Dalam Islam apa yang berlaku di pulau Kusu ini merupakan perbuatan khurafat, apatah lagi kubur yang disembah merupakan orang Islam dan penjaga kubur dari generasi menjaga kubur tersebut merupakan orang melayu.

Perkara ini merupakan isu yang berat, apatah lagi aktiviti sebegini telah berjalan dari satu ke generasi hingga ke generasi yang lain.

Semoga kita semua dijauhi dari segala bentuk maksiat dan kekufuran dunia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.