≡ Menu

Normalkah Jika Tangan Tiba Tiba Menggigil? Ini Mungkin Puncanya

“kau nervous ke? Tangan bergetar je dari tadi,” seloroh Farid dengan teman sekerjanya. Kalau anda perasan, memang kadang-kadang tangan kita akan bergetar, sama ada semasa membuat sesuatu ataupun semasa rehat.

Apakah punca sebenar keadaan ini dan adakah ia normal? Jom, artikel ini akan membantu anda memahami keadaan ini selanjutnya.

Tangan bergetar dengan tremor, sama ke?

Tremor ialah pengecutan otot yang tidak disengajakan dan berirama yang menyebabkan getaran atau gegaran pada seluruh badan.

Secara umumnya, pergerakan ini mudah diperhatikan di bahagian tangan, tetapi boleh berlaku di lengan, kepala, pita suara, kaki dan seluruh tubuh.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Keadaan ini boleh berlaku secara berkala atau berterusan. Selalunya, ia berlaku dengan sendirinya atau berlaku akibat gangguan lain.

Tangan bergetar paling kerap berlaku pada orang dewasa pertengahan umur dan warga tua. Meskipun begitu, ia boleh berlaku dalam semua lingkungan umur. Pergerakan ini secara amnya mempengaruhi lelaki dan wanita sama rata.

Jangan risau, keadaan ini tidak membahayakan nyawa anda! Namun, sesiapa yang mempunyai keadaan ini akan berasa sukar bahkan mustahil untuk melakukan pekerjaan atau tugas seharian.

Punca tangan bergetar
Secara umumnya, getaran tubuh disebabkan masalah atau gangguan di bahagian otak yang mengawal pergerakan kita.

Sebilangan besar jenis getaran masih tidak diketahui puncanya, walaupun terdapat beberapa bentuk yang berkait dengan keturunan.

1. Getaran fisiologi
Sebenarnya, keadaan tubuh badan menggigil atau bergetar kadangkala ialah normal.

Contohnya, jika anda melunjurkan kedua-dua tangan ke depan, tangan anda pasti akan bergetar sedikit. Getaran ini boleh menjadi lebih ketara dalam sesetengah situasi seperti:

  • Semakin meningkat usia
  • Semasa anda letih, cemas, tertekan atau marah
  • Suasana yang sejuk
  • Selepas minum minuman yang berkafein atau merokok
BACA:  Khasiat Cendawan Mekah, Namun Ada Beberapa Golongan Yang Dilarang Makannya

Kadang-kadang, getaran tubuh yang kita rasakan merupakan isyarat daripada badan yang menunjukkan bahawa anda memerlukan rehat, makan, atau perlu mengurangkan kafein dan sebagainya.

2. Keadaan neurologi
Beberapa keadaan neurologi yang boleh menyebabkan tangan bergetar ialah:

a) Sklerosis berbilang
Ramai orang yang didiagnosis dengan keadaan ini akan mengalami sedikit getaran tubuh. Getaran sering berkembang apabila penyakit merosakkan sistem saraf pusat yang mengawal pergerakan.

b) Strok
tangan bergetar
Strok iskemia berlaku apabila terdapat gumpalan darah menyekat saluran arteri, yang menghalang darah untuk sampai ke otak.

Ini boleh mengakibatkan kerosakan berterusan pada laluan neurologi dan menyebabkan getaran.

c) Parkinson
Getaran merupakan tanda awal penyakit Parkinson. Biasanya, Parkinson terjadi pada orang yang berusia di atas 65 tahun.

Berbeza dengan tremor esensial, tangan penderita Parkinson akan selalu bergetar meskipun dalam keadaan rehat. Tangan bergetar akan menjadi lebih ketara semasa tekanan atau emosi yang kuat.

d) Kecederaan otak traumatik
Kecederaan fizikal pada otak juga boleh merosakkan saraf yang berperanan dalam mengkoordinasikan pergerakan tubuh. Tangan bergetar boleh berlaku apabila kecederaan mempengaruhi saraf tertentu.

3. Gangguan pergerakan
Salah satu gangguan pergerakan yang biasa dijumpai ialah tremor esensial. Faktor terjadinya tremor esensial masih belum diketahui sepenuhnya, tetapi saintis percaya ia berkait dengan genetik dan usia.

BACA:  Adakah Selamat Memutihkan Gigi Dengan Berkumur Hydrogen Peroxide? Baca Penjelasan Dahulu

Getaran biasanya mempengaruhi kedua-dua belah badan, tetapi akan nampak lebih ketara pada tangan yang dominan.

4. Kesan sampingan ubat-ubatan
Ubat-ubatan tertentu juga boleh mengakibatkan getaran termasuklah:

  • Sebilangan ubat penyakit lelah
  • Amfetamin
  • Kafein yang diambil berlebihan
  • Kortikosteroid
  • Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit psikiatri dan neurologi

Dapatkan nasihat daripada doktor anda jika anda mempunyai getaran akibat kesan sampingan ubat-ubatan sebelum berhenti mengambil ubat tersebut.

5. Keadaan psikiatri
Gangguan psikiatri yang kerap dikaitkan dengan tangan bergetar ialah kemurungan, kecelaruan keresahan, serangan panik atau gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD).

Gejalanya berbeza mengikut individu tetapi sering bermula secara tiba-tiba dan boleh mempengaruhi semua bahagian badan.

Getaran tubuh lebih ketara pada masa tekanan dan berkurang atau hilang sepenuhnya ketika tekanan berkurangan.

Masalah kesihatan lain yang berkait dengan tangan bergetar
Terdapat beberapa masalah kesihatan yang lain berkait dengan keaadaan ini seperti:

  • Gangguan degeneratif yang diwarisi seperti ataksia keturunan
  • Penyalahgunaan alkohol atau penarikan diri daripada alkohol
  • Keracunan merkuri
  • Hipertirodisme, atau tiroid yang terlalu aktif
  • Kegagalan hati atau buah pinggang

Konklusi
Walapun ia tidak membawa maut, tetapi keadaan ini boleh mengganggu kehidupan seharian anda.

Anda haruslah mendapatkan rundingan daripada doktor sekiranya keadaan anda semakin teruk dari masa ke masa atau mempengaruhi aktiviti harian anda.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.