≡ Menu

Nusyuz Sebenarnya Lebih Halus Daripada Benang. Isteri Harus Waspada

Perkataan ‘Nusyuz’ bukanlah sesuatu yang asing dalam rumahtangga. Namun seringkali masyarakat kita beranggapan bahawa nusyuz hanyalah untuk isteri.

Sebenarnya dalam Islam, perbuatan nusyuz boleh dilakukan oleh isteri dan juga suami.

Nusyuz perosak hubungan perkahwinan

‘Nusyuz’ dari segi bahasa membawa maksud keingkaran mentaati perintah yang diharuskan Allah SWT. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 34 yang membawa maksud:

” Wanita yang kamu khuatir akan nusyuz, hendaklah kamu berikan nasihat kepadanya, pulau mereka dari tempat tidur dan jika perlu pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak memudaratkan, sekadar bertujuan mendidik). Jika mereka mentaati, janganlah kamu cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Jika ayat di atas menerangkan mengenai nusyiz dari pihak isteri, ayat seterusnya menerangkan tentang nusyuz yang berlaku dari pihak suami.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’, ayat 128 yang membawa maksud:

“Dan jika seorang wanita khuatir suaminya akan nusyuz atau bersikap tidak acuh, maka kedua-duanya mengadakan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia menurut tabiatnya, kikir dan kedekut. Dan jika kamu memperbaiki (pergaulan dengan isterimu) dan memelihara dirimu, maka sungguh, Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”

Bagaimana nusyuz berlaku?

Dua tanda-tanda nusyuz yang perlu diperhatikan:

  • Isteri yang mula menjauhkan diri, bermasam muka dan tidak menjawab ketika dipanggil sedangkan sebelum ini mereka bersikap mesra
  • Isteri yang menggunakan perkataan yang kasar dan kesat dalam berbicara sedangkan sebelum itu sentiasa berbicara dengan penuh lemah lembut
BACA:  Redha Ibu Bapa Menjadikan Hari Tua Lebih Bermakna. Sayangi Mereka Selagi Hayat Dikandung Badan

Namun dalam konteks ini tidak boleh menyalahkan pihak isteri seratus peratus. Suami perlulah peka dan menasihati isteri dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang. Malah suami juga perlu muhasabah diri. Mungkin juga layanan suami atau sikap suami terhadapa isteri menyebabkan terjadinya perkara tersebut.

Selain itu isteri juga boleh mengambil tindakan apabila suami mula menunjukkan tanda-tanda nusyuz. Zaman ini banyak suami yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Ada isteri dan anak-anak didera. Lebih parah apabila suami tidak mahu mencari rezeki, sebaliknya lebih gemar berfoya-foya untuk keseronokan sendiri sehingga keluarga terabai.

Jika ini terjadi para isteri boleh mendapatkan bantuan undang-undang untuk menangani kes ini. Kehidupan berumahtangga hanya akan harmoni jika kedua-dua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing dan bertolak ansur.

Stigma masyarakat bahawa hanya isteri sahaja yang melakukan nusyuz perlulah diperbetulkan dengan segera. Jika tidak, lebih ramai kaum wanita dan anak-anak akan tidak terbela. Ayuh jauhilah perbuatan nusyuz terhadap pasangan masing-masing demi kesejahteraan keluarga dan rumah tangga yang dibina.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.