≡ Menu

Obesiti Bukan Sesuatu Yang Kita Boleh Ambil Mudah. 2.6 Juta Penduduk Malaysia Menghidap Obesiti

KEGEMUKAN atau obesiti bukan satu penyakit asing dalam kalangan masyarakat tempatan. Malah ia turut berlaku di seluruh penduduk dunia.

Menurut laman web myhealth.gov.my, Kajian Mobiliti Kesihatan Kebangsaan mengatakan sebanyak 15.1 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah kegemukan pada tahun 2011.

Situasi ini berbeza jika diberbandingkan dengan tahun 2006 yang mana 14 peratus sahaja dicatatkan pada waktu itu. Peningkatan jumlah tersebut secara tidak langsung membuktikan seramai 2.6 juta penduduk tempatan merupakan obes (berat badan berlebihan).

Sehubungan itu, kami kongsikan perkara yang perlu tahu mengenai risiko dan implikasi jangka masa panjang sekiranya perkara tersebut masih dipandang sebelah mata:

1. Kalori

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Setiap individu mempunyai keinginan dan kehendak sendiri dalam soal pemilihan makanan, namun tidak mengambil kira jumlah kalori atau tenaga yang terkandung dalam makanan tersebut. Dianggarkan seorang lelaki dewasa memerlukan sekitar 2000 hingga 3000 kalori sehari. Wanita pula 1200 hingga 2000 kalori sehari. Bagaimanapun, jumlah kalori yang perlu diambil bergantung kepada berat badan masing-masing.

(Menurut laman web alaf21.com, kalori merupakan satu unit tenaga yang bukan sahaja terkait dengan makanan, tetapi ia juga melibatkan tenaga lain seperti 4 liter petrol mengandungi kira-kira 31,000,000 kalori. Oleh itu, kalori bukan sahaja ada pada makanan. Kalori makanan dipanggil kilokalori.)

2. Bahaya

Kegemukan bukan hanya melibatkan saiz fizikal, tetapi berpotensi mengundang pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok, asma, gout, mati pucuk dan gangguan tidur.

Penyakit lain yang turut menimpa ialah barah (rahim, serviks, ovari, payudara, usus besar, rektum, hati, pankreas, buah pinggang dan prostat).

3. Aktiviti harian

Kesan lain yang boleh dikaitkan dengan obesiti ialah hilang upaya, malu atau kurang keyakinan diri. Individu yang memiliki fizikal yang besar akan sentiasa menjadi sasaran bahan jenaka atau usikan. Disebabkan itu, mereka terdedah kepada tekanan emosi dan kemurungan. Situasi sebegini perlu dielakkan kerana bimbang akan individu terbabit kemungkinan bertindak diluar dugaan.

4. BMI

Pengiraan indeks jisim badan (BMI) penting untuk mengetahui sama ada individu tersebut memiliki tahap kesihatan normal atau tidak. Formulanya BMI = Berat (kilogram) x Tinggi (meter).

Individu yang memiliki jumlah BMI kurang daripada 18.5 merupakan kurang berat badan, 18.5 hingga 22.9 (normal), 23 ke atas (berat badan berlebihan), 23.0 hingga 40.0 ke atas (tergolongan dalam kumpulan obes).

5. Faktor obesiti

Terdapat pelbagai faktor yang terkait rapat dengan obesiti. Antaranya peningkatan usia yang menyebabkan penurunan kadar metabolisma. Obesiti juga merupakan salah satu penyakit keturunan.

Kurang melakukan aktiviti fizikal selain tidak menjaga pemakanan boleh menyebabkan obesiti.

Walaupun perkara ini jarang berlaku, tetapi obesiti boleh disebabkan oleh kemurungan yang menyebabkan individu tersebut makan secara berlebihan.

Secara kesimpulannya, makanan ialah perkara wajib yang perlu diambil oleh manusia untuk terus hidup. Namun, kesilapan dalam pemilihan makan juga dapat membuatkan manusia itu tidak mampu untuk meneruskan hidup.

Sebaiknya individu yang mengalami obesiti atau obes boleh mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan atau pemakanan untuk mengetahui kaedah rawatan.

Obesiti ini juga boleh dielakkan dengan cara mengawal pemakanan dan menjalani cara hidup sihat. Paling utama ialah kawalan makanan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.