≡ Menu

Obesiti! Ini Puncanya Kenapa Negara Malaysia Kerap Tersenarai No.1 Di Asia

SECAWAN kopi pekat dan kuih-muih tradisional merupakan padanan ideal yang cukup menyelerakan untuk dinikmati pada hidangan minum petang.

Kenikmatan itu semakin dirasai apabila disajikan pula bersama sepotong kek coklat bertopping krim manis.

Pun begitu, sila berhati-hati ya kerana kekerapan menikmati makanan dan minuman manis hari ini, bimbang membawa ‘kepahitan’ pada kemudian hari khususnya melibatkan kesihatan.

Menurut posting Public Health Malaysia (PHM), berdasarkan statistik Malaysia antara pengguna tertinggi gula di dunia.

“Rakyat Malaysia dianggarkan mengambil 26 sudu teh gula sehari dan menjadikan negara kelapan tertinggi dalam penggunaan gula.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Justeru, tidak hairanlah kita (Malaysia) juara obesiti di Asia! Ini bukan satu pencapaian patut dibanggakan kerana ia sesuatu yang memalukan,” tulisnya menerusi laman sosial Facebook PHM baru-baru ini.

Tambahnya, kajian juga menunjukkan bahawa ketagihan gula lebih kurang sama seperti ketagihan kokain.

Secara alternatif, individu baik lelaki mahupun wanita tanpa mengira usia seharusnya memilih makanan dan minuman kurang manis. Pada masa sama elak menggunakan gula dan susu pekat manis dalam minuman dan adunan kuih secara berlebihan.

Dalam pada itu, kami juga ingin berkongsi info untuk mengenal pasti seseorang ketagihan gula.

Antaranya ialah:

BACA:  PERHATIAN! Wanita Sila Ambil 16 Makanan Ini Untuk Mengawal Hormon Estrogen Untuk Elak Penyakit Peranakan

– Jika tidak mengambil makanan manis individu mula rasa gejala lesu, loya dan pening.
– Memerlukan makanan manis setiap kali stres.
– Sanggup mencari makanan manis pada tengah malam apabila berkeinginan.
– Makan dan minum yang manis secara sorok-sorok.
– Mula rasa gian kepada makanan masin.
– Sentiasa ada ruang untuk manisan walaupun telah kekenyangan.
– Idam makanan yang lebih manis daripada sebelumnya.

Oleh itu, nasihat kami, jaga diri dan kesihatan serta jangan sesekali membiarkan gula menguasai kehidupan kita!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.