≡ Menu

Orang Islam Perlu Bijak Menguruskan Harta Dan Wang.

Penggunaan dan pengurusan wang adalah perkara asas sentiasa dilakukan

semua orang. Daripada kanak-kanak dan dewasa kerana memenuhi keperluan dan kehendak hidup adalah perkara yang tidak pernah putus dan cukup kepada manusia.

Saban hari kita mendengar dan melihat banyak isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang berkaitan dengan kesukaran dalam memenuhi keperluan hidup.

Baginda Nabi SAW bersabda bermaksud: “Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba pada hari Kiamat sehingga ditanya empat perkara, mengenai usianya, kepada apa digunakan, masa mudanya dan apa diperjuangkannya, hartanya dari mana datangnya dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya dilakukan”. (HR Tirmizi)

Antara punca utama membawa kepada kesukaran menguruskan sumber kewangan adalah kerana kurangnya ilmu kepenggunaan dan pengurusan kewangan, terutama yang berlandaskan ajaran Islam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ramai dalam kalangan masyarakat hari ini lupa dan tidak tahu apa itu kepenggunaan dalam Islam. Majoriti mengetahui yang Islam mengajar untuk kita bersederhana dan tidak membazir.

Tapi kita kurang memahami konsep asal kepenggunaan Islam, iaitu menyedari segala aktiviti kepenggunaan dilakukan adalah untuk mencapai keredaan Ilahi.

Dalam hal ini, Allah SWT memberi peringatan kepada Muslim supaya merancang apa yang hendak dilakukannya: “Wahai orang beriman bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa kamu kerjakan.” (Surah al-Hasyr; ayat 18)

Oleh demikian, perlu untuk kita sama-sama membantu masyarakat terus mendalami dan memahami apa sebenarnya dimaksudkan dengan kepenggunaan dan pengurusan kewangan dalam Islam.

Kepenggunaan dan pengurusan kewangan dalam Islam mempunyai kaitan dengan sejauh mana kita mampu mengawal hawa nafsu dan memahami aturan ditetapkan Islam. Perkara ini perlu diterapkan dalam diri setiap Muslim.

Tak mampu kawal nafsu

Berdasarkan kajian, terdapat Muslim taat kepada ajaran Islam, tetapi tidak mampu mengawal hawa nafsu dalam memenuhi kehendak hidup mereka.

Tidak semua Muslim yang patuh ajaran Islam berkemampuan mengawal hawa nafsu mereka, terutama berkaitan penggunaan dan pengurusan wang.

Masih ramai Muslim gagal memahami konsep keperluan dan kehendak sebenar mengikut ajaran Islam. Lebih mengecewakan ada yang tidak cakna berkaitan halal dan haram dalam penggunaan, pendapatan dan pengurusan wang.

Justeru, antara cara paling efektif menyampaikan kesedaran ini adalah mendekati masyarakat dan memberi kefahaman dari hati ke hati untuk mereka lebih sedar konsep kepenggunaan dan pengurusan kewangan dari perspektif Islam, terutama berkaitan dengan kawalan hawa nafsu

Seperkara yang menjadi trend hari ini, pendedahan luas kepada kehidupan orang lain yang lebih selesa dan mewah, terutama melalui saluran media sosial banyak mempengaruhi anak muda meniru dan mendapatkan kehidupan seperti itu walaupun tidak mempunyai kemampuan sempurna Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) Jumaat, 24 Februari 2023 Agama 25 dan pembangunan diri.

Pendekatan melalui program kesedaran kepenggunaan dan pengurusan kewangan dalam

Islam amat sesuai dilaksanakan bersama komuniti setempat. Ia boleh dilaksanakan di masjid, sekolah dan dewan masyarakat.

Selain menggunakan media, terutama media sosial sebagai platfom untuk memberi kesedaran, pendekatan bersemuka juga sangat diperlukan terutama kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta masyarakat luar bandar.

Program seperti ini perlu dilakukan secara santai dan tidak memerlukan bajet kewangan banyak. Ia lebih bersifat kepada program sukarelawan dan tidak mempunyai sasaran terlampau tinggi.

Dalam program memberi kesedaran kepada masyarakat, perkara utama perlu dititikberatkan ialah meneruskan objektif program itu, walaupun tidak mendapat sambutan menggalakkan.

BACA:  Pusat Beli-Belah Himpunkan Produk Muslim Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Perkara seperti ini, walaupun pada dasarnya dianggap tidak penting, tetapi ia antara pendekatan berharga bagi mengembalikan keharmonian kehidupan masyarakat pada hari ini.

Berapa ramai dalam kalangan kita pada hari ini mengalami tekanan hidup disebabkan masalah pengurusan kewangan berlaku disebabkan tidak cekap mengurus hawa nafsu dan membezakan keperluan dan kehendak hidup.

Keharmonian institusi kekeluargaan tergugat apabila pasangan atau anak tidak memahami apa itu keperluan dan kehendak mengikut ajaran Islam.

Barah kepada pembangunan diri remaja

Seperkara yang menjadi trend hari ini, pendedahan luas kepada kehidupan orang lain yang lebih selesa dan mewah, terutama melalui saluran media sosial banyak mempengaruhi anak muda meniru dan mendapatkan kehidupan seperti itu, walaupun tidak mempunyai kemampuan sempurna.

Perkara ini secara tidak langsung menjadi barah kepada pembangunan diri anak remaja yang terlalu rapuh jiwanya. Berapa ramai remaja pada hari ini berasa tertekan dan rendah diri apabila sosio-ekonomi keluarga mereka tidak sama dengan orang lain.

Selain itu, tidak dinafikan masalah kewangan dihadapi keluarga, terutama antara suami dan isteri juga mempengaruhi pemikiran serta emosi anak mereka.

Suami juga pasti tertekan jika ahli keluarga, terutama isteri tidak memahami kemampuan kewangan suami dan sebaliknya, isteri pula akan tertekan jika suami mengamalkan hidup mewah untuk memuaskan kepentingan sendiri sehingga mengabaikan tanggungjawab ke atas keluarga.

Semua isu berkaitan dengan pembangunan sosial masyarakat pada hari ini mempunyai kaitan dengan ketidakfahaman konsep kepenggunaan, iaitu antara keperluan dan kehendak mengikut ajaran Islam. Ini adalah fakta tidak dapat dinafikan, selain faktor utama lain.

Oleh demikian, program kesedaran kepenggunaan dan pengurusan Islam ini perlu diberi tumpuan semua pihak supaya kita membantu melahirkan masyarakat cerdik mengendalikan sumber kewangan dan pembangunan diri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.