≡ Menu

Orang Yang Ihsan, Disayangi Allah SWT, Subhanallah

Sifat Ihsan Dikasihi Allah

Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Allah SWT menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. (An-Nahl : 90)

Pengajaran

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Pengertian ihsan secara istilah itu terdiri dari dua jenis iaitu Ihsan dalam Ibadah kepada Allah dan Ihsan Kepada Sesama Makhluk. Ihsan dalam ibadah kepada Allah ialah seorang hamba yang beribadah kepada Allah seakan-akan ia melihat Allah, apabila ia tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Allah melihatnya.

BACA:  Perlu Atau Tidak Kanak Kanak Mengambil Suplemen? Baca Lebih Lanjut

2. Dalam ayat di atas Allah memerintahkan manusia bersifat  ihsan iaitu berbuat baik kepada kerabat dan melarang berbuat kemungkaran.

3. Dalam tafsir As-Sa’di menyatakan : Ihsan (berbuat kebajikan) adalah keutamaan yang dianjurkan seperti memberikan manfaat kepada manusia dengan harta, badan, ilmu dan segala sesuatu yang bermanfaat lainnya. Termasuk  berbuat baik pada binatang ternak.

4. Dalam ayat surah al-Baqarah ayat 83 memerintahkan juga berlaku ihsan kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim,

5. Sesungguhnya rahmat Allah sangat pada orang yang berbuat baik. Firman Allah

إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.

(Al-A’raaf : 56)

6. Mari kita bantu mereka yang memerlukan kerana ramai yang perlu santunan dari mereka yang ada kecukupan rezeki. Paling utama untuk disantuni ialah ibubapa kita.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.