≡ Menu

Orang Yang Kuat Adalah Orang Yang Memberi Kemaafan. Subhanallah

Jadilah Pemaaf

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (bodoh yang degil dengan kejahilannya). Al-A’Raf: 199

Hisyam ibnu Urwah telah meriwayatkan dari ayahnya, bahawa Allah SWT telah memerintahkan Rasul-Nya agar bersifat pemaaf terhadap akhlak dan perlakuan manusia (terhadap dirinya)  iaitu ‘bersikap lapang dada dalam menghadapi akhlak mereka’.

Ubay menceritakan bahawa ketika Allah SWT. menurunkan firman-Nya: Jadilah engkau pemaaf dan serulah orang-orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh. (Al-A’raf: 199) Maka Rasulullah SAW bertanya, “Wahai Jibril, apakah artinya ini?” Jibril a.s. menjawab, “‘Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadamu agar memaafkan terhadap perbuatan orang yang berbuat aniaya kepadamu, dan kamu memberi kepada orang yang mencegahnya darimu, serta bersilaturahim kepada orang yang memutuskannya darimu.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

هِيْ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ! فَوَاللهِ، مَا تُعْطِيْنَا الْجَزْلَ، وَلاَ تَحْكُمُ فِيْنَا بِالْعَدْلِ، فَغَضِبَ عُمَرُ رضي الله عنه حَتَّى هَمَّ أَنْ يُوْقِعَ بِهِ، فَقَالَ لَهُ الْحُرُّ: يَا أَمِيْرَ الْمُؤْمِنِيْنَ، إِنَّ اللهَ سبحانه و تعالى قَالَ لِنَبِيِّهِ صلى الله عليه و سلم: خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ وَإِنَّ هذَا مِنَ الْجَاهِلِيْنَ. وَاللهِ مَا جَاوَزَهَا عُمَرُ حِيْنَ تَلاَهَا عَلَيْهِ وَكَانَ وَقَّافًا عِنْدَ كِتَابِ اللهِ سبحانه و تعالى.

BACA:  Siap Sedia Hadapi Kematian, Pulang Itu Pasti. Sentiasa Mengingati Mati Itulah Yang Terbaik

Uyainah berkata: Wahai Omar! Demi Allah, engkau tidak pernah memberi kebaikan kepada kami dan tidak pernah memutuskan urusan kami dengan adil”. Umar marah dan ingin memukul Uyainah, lantas al-Hurr mengingatkannya: ‘Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya Allah berfirman kepada NabiNya SAW, ‘Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.’ (Al-A’raf: 199) Dan sesungguhnya orang ini termasuk orang bodoh.’ Demi Allah, Ketika ayat itu bibacakan kepada Umar, ia tidak bertindak melampaui batas. Dia berserah diri sepenuhnya pada kitab Allah “

Ahli tafsir menyebutkan bahawa ayat ini komprehensif dalam membicarakan akhlak yang mulia. Dalam ayat ini mengandungi tiga perkara utama:

1.  Memaafkan perlakuan buruk orang lain terhadapnya

2.  Melakukan dan menyebarkan kebaikan (maaruf)

3.  Berpaling dari perkara yang tidak patut

As-Zamakhsyari menyatakan bahawa tiada ayat al-Quran lain yang berbicara tentang akhlak lebih terperinci daripada ayat ini.

Sementara Ar-Razi pula menyebutkan bahawa ayat ini adalah manhaj yang lurus dalam bermuamalah sesama manusia, Ia adalah gambaran nilai akhlak yang luhur dan cerminan keluhuran ajaran Islam

BACA:  Jiwa Yang Bersih, Insya'Allah Segala Urusan Dipermudahkan OlehNya

Ibnu Asyur pula menyatakan, ayat ini adalah penyelesaian yang ditawarkan oleh al-Quran dalam bergaul dengan manusia.

Sementara itu menurut Kitab Fi Zilal Quran oleh Syed Qutb: ia adalah arahan dan pesanan langsung Allah kepada Nabi dan orang beriman apabila mereka berhadapan dengan orang yang bodoh.

ادفَع بِالَّتي هِيَ أَحسَنُ فَإِذَا الَّذي بَينَكَ وَبَينَهُ عَدٰوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَميمٌ

“Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap mu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.” (Fussilat : 34)

Sebagai peringatan,

  Perintah memaafkan ini bersifat umum dalam segala bentuk

  Memaafkan  serta berlapang dada dan tidak membalas perilaku buruk orang lain terhadap kita. Doakan kebaikan untuk mereka.

  Memaafkan tidak mutlak pada setiap keadaan dan waktu contohnya orang yang membunuh dengan sengaja serta melanggar ketetapan syarak dengan sengaja.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.