≡ Menu

Orang Yang Mengingati Mati Adalah Orang Yang Celik Mata Hatinya

Mengingati Mati

Kematian adalah sebaik-baik peringatan ataupun nasihat. Saidina Umar al-Khattab RA sering mengingatkan dirinya akan kematian sehinggakan beliau memakai cincin yang terukir:

كَفَى بِالمـَوتِ وَاعِظًا يَا عُمَر

“Cukuplah kematian sebagai peringatan, wahai Umar.” (Mukhtasar Tarikh Dimasyq oleh Ibn Manzur, 18/313)

Nabi S.A.W menasihati kita bahawa dengan mengingati kematianlah kita dapat menghindari diri daripada melakukan dosa dan maksiat. Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.A, Nabi S.A.W bersabda:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

أَكْثِرُوا ذِكرَ هَاذمِ اللَّذّاتِ – يَعْنِي المـَوت – فَإنَّه مَا كَانَ فِي كَثِيرٍ إِلَّا قَلَّلهُ، وَلاَ قَلِيلٍ إِلَّا أَجزَاهُ

“Perbanyakkan mengingati pemutus kelazatan – iaitu kematian – kerana apabila ia diingati dalam keadaan banyak maksiat, ia boleh mengurangkan kemaksiatan tersebut dan apabila diingati dalam keadaan kurang ibadah, ia akan memperbanyakkan ibadah tersebut.” (HR Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman, 7/353).

Mengingati kematian adalah bertujuan agar setiap diri menyedari bahawa kehidupan di dunia adalah sementara.

BACA:  4 Sebab Kenapa Hubungan Rumah Tangga Tak Bahagia. Semak Dahulu 4 Perkara Ini

Mengingati kematian mempunyai banyak kelebihan dan hikmah, antaranya ialah menjadi peringatan kepada kita yang masih hidup ini, supaya tidak terus leka dengan keasyikan hidup di dunia ini.

Dengan mengingati mati juga, mendidik jiwa kita untuk menjadi orang yang sentiasa merendah diri, tidak lupa diri dan sombong. Mengingati mati juga menjadikan kita bijak merancang kehidupan yang sementara ini dengan baik sebelum ajal tiba.

Uwais Ibn Amir al-Qarni seorang ahli zuhud di kalangan Tabiin pernah menyatakan:

يَا أَهْلَ الكُوفَة : تَوَسَّدُوا المَوتَ إِذَا نِمْتُمْ وَاجْعَلُوهُ نُصْبَ أَعْيُنِكُم إِذَا قُمْتُم

“Hai penduduk Kufah, berbantallah dengan kematian bila kamu tidur dan jadikanlah kematian berada di depan matamu bila kamu bangun” 

Kehidupan tanpa peringatan boleh menyebabkan kelalaian dan kelekaan. Said Ibn Jubair RA seorang ulama Kufah dan merupakan anak didik Sayidina Ali RA pernah menyebutkan:

لَو فَارَقَ ذِكْرُ المَوْتِ قَلْبِي : خَشِيتُ أَن يُفْسِدَ عَليَّ قَلبي

Seandainya mengingat kematian terpisah dari hatiku, aku merasa khuatir bila hatiku akan merosakkan diriku.

BACA:  Allah Sangat Membencikan Sifat Riak Ini. Hindari Dari Sifat Mazmumah Ini

Justeru, jadikanlah madrasah mengingati kematian sebagai pendidik kita. Saidina Umar RA menggunakan kematian untuk mengawasi lurusnya jalan yang ditempuh, memelihara dirinya dari penyimpangan dan angan-angan. 

Dalam kitab At-Tazkirah Imam Al-Qurtubi menyebutkan, “bahawa terhadap sebuah hadis yang menceritakan bahawa sebahagian nabi-nabi pernah bertanya kepada malaikat maut : Mengapa engkau tidak mengirim utusan supaya manusia takut kepadamu dan supaya mereka dapat bersiap-siap? Malaikat maut berkata, Ya, demi Allah. Aku mengirimkan beberapa tanda seperti penyakit, uban, umur tua, berkurang pendengaran dan penglihatan. Oleh itu barang siapa yang mendapati perkara-perkara itu dan dia tidak berusaha mengingati mati serta tidak pula bertaubat, maka ketika mencabut nyawanya, aku akan berkata kepadanya : Bukankah aku telah mengutus utusan demi utusan dan amaran demi amaran kepada kamu? Dan adapun aku ini (malaikat maut) adalah utusan yang tidak ada utusan lain lagi selepas aku.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.