≡ Menu

Orang Yang Sabar Adalah Orang Yang Menang. Ketahui Rahsianya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar

(Al-Baqarah:153)

Pengajaran

1. Allah menyebut 90 kali dalam al-Quran sifat sabar.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Kehidupan manusia sentiasa diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk, maka mintalah pertolongan daripada Allah dengan menunaikan solat serta sifat sabar.

3. Sabar ertinya tahan menempuh sesuatu yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar atas mengerjakan taat kepada Allah SWT, menjauhi segala maksiat yang dilarang-Nya dan sabar atas segala takdir-Nya.

4. Darjat sabar yang paling tinggi ialah sabar terhadap ketaatan, bererti apabila mahu melakukan ketaatan hendaklah sabarkan diri melaksanaknnya agar terus istiqamah.

5. Cabaran pada bulan Ramadan adalah sabar untuk melakukan ketaatan untuk meningkatkan ibadah seperti melakukan qiam Ramadan, tilawah al-Quran, bersedekah dan ibadah lain.

6. Sifat orang mukmin ialah sabar :

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

BACA:  4 Amaran Bagi Orang Yang Berhutang. Nauzubillah

Rasulullah bersabdaAlangkah mengkagumkan keadaan orang yang beriman, kerana semua keadaannya (membawa) kebaikan (untuk dirinya), dan ini hanya ada pada seorang mukmin, jika dia mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya. (Riwayat Muslim)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.