≡ Menu

Pahala Yang Mengalir Tidak Putus-Putus. Rebutlah Peluang Ini Waha Muslimin Dan Muslimat

Setiap Muslim menghasratkan agar amal yang dilakukan semasa hidup akan berpanjangan ganjaran pahalanya.

Ibarat orang yang menanam pokok, menanamnya sekali namun memetik hasilnya bertahun-tahun tidak berhenti malah semakin lama tanaman yang asalnya ditanam sepohon telah berkembang biak beratus malah beribu pokok dan hasilnya tidak putus-putus dinikmati bukan hanya oleh manusia malah juga binatang.

Begitulah perumpamaan sebahagian daripada amalan seseorang, walaupun dia telah meninggal dunia, namun ganjaran pahala tetap diraih setiap masa hasil daripada peninggalan amalnya semasa hidupnya.

Rasulullah SAW bersabda:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan,  anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan berdoa untuknya), al-Quran yang diwariskan, masjid yang ia bangun,  rumah yang ia dirikan untuk ibnu sabil, sungai yang ia alirkan (untuk orang, tumbuhan atau binatang mengambil manfaatnya), sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya dimasa sihat dan masa hidupnya, semuanya (ganjaran pahala) akan mengiringinya setelah ia meninggal dunia” (HR Ibnu Majah No: 238) Status: Hasan

BACA:  Sayuran Pahit, Ramai Yang Tak Suka, Ramai Juga Tak Tahu Ia Mampu..

Dalam hadis di atas menerangkan antara amalan seorang Mukmin yang akan berterusan ganjaran pahalanya walaupun pemiliknya telah meninggal dunia antaranya:

1. Ilmu berguna yang diajar dan disebarkan kepada orang lain sama ada melalui lisan seperti ceramah juga tulisan dalam bentuk buku, artikel, jurnal, termasuk dalam bentuk e-book, dalam FB, Laman Sesawang, telegram, WhatsApp, TikTok dan sebagainya. Ilmu tersebut tersebar terus menerus serta diamalkan oleh orang lain.

BACA:  5 Khasiat Limau Mandarin. Baik Untuk Tekanan Darah Dan Usus.

2. Anak soleh yang mendoakan dan memohon keampunan untuknya

3. Al-Quran yang diwariskan berbentuk mushaf atau yang diajar

4. Masjid yang dibangunkan

5. Rumah yang didirikan untuk kemudahan musafir yang terputus bekalan.

6. Sungai yang dibina untuk manfaat manusia dan makhluk lain

7. Sedekah yang kita lakukan ke atas harta semasa kita sihat dan masih hidup seperti yang diwakaf, diderma juga disedekahkan untuk manfaat orang ramai. Contohnya wakaf Pendidikan.

Ada amalan soleh yang kita lakukan semasa hidup, terputus apabila kita meninggal dunia, namun ada amal soleh yang akan berterusan mengalir ganjarannya sampai hari kiamat.

Rebutlah peluang untuk melakukan amalan soleh yang faedah keuntungannya dalam bentuk pahala akan berterusan mengalir walaupun kita telah meninggal dunia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.