≡ Menu

Pakaian Terkena Mani Bolehkah Dibawa Solat? Ini Penjelasan Mufti

Soalan:

Assalammualaikum.  Saya ada persoalan berkaitan air mani. Apakah hukum menggunakan pakaian yang terkena air mani apabila dibawa untuk ibadah solat? Mohon pencerahan Datuk Mufti. Terima kasih

Ringkasan Jawapan:

Hukum air mani adalah suci, namun pakaian yang terkena air mani disunatkan untuk dibasuh terlebih dahulu sehingga tidak meninggalkan kesannya  sebelum   dipakai untuk menunaikan ibadah solat.

Huraian Jawapan :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah ﷻ. Selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, para isteri Baginda, keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Permulaan penciptaan manusia terhasil  daripada air mani, firman Allah SWT :

إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا ‎

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”

Surah al-Insan (2)

Air mani anak Adam dihukumkan suci menurut pendapat paling sahih disisi mazhab  mazhab Syafie. Perkara ini jelaskan oleh Imam an-Nawawi :

أَمَّا حُكْمُ الْمَسْأَلَةِ فَمَنِيُّ الْآدَمِيِّ طَاهِرٌ عِنْدَنَا هَذَا هُوَ الصَّوَابُ الْمَنْصُوصُ لِلشَّافِعِيِّ رَحِمَهُ اللَّهُ فِي كُتُبِهِ وَبِهِ قَطَعَ جَمَاهِيرُ الْأَصْحَابِ

“ Manakala permasalahan hukum, air mani anak Adam adalah suci. Inilah pendapat yang tepat yang dinaskan oleh Imam al-Syafie dalam dalam kitab-kitabnya dan juga telah diputuskan oleh majoriti ulama mazhab Syafie.” (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab 2/553

BACA:  Empat Perkara Yang Menakutkan. Elakkan Dengan Membaca Doa Ini Selepas Tahiyyat Akhir.

Persoalannya, adakah pakaian yang terkena air mani perlu dibersihkan ketika dibawa solat sekirannya air mani dihukumkan suci?

Membersihkan pakaian yang terkena air mani adalah digalakkan sebelum digunakan untuk  menunaikan solat. Hal ini berdasarkan riwayat  daripada ‘Amru bin Maimun yang bertanya kepada Sulaiman:

عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ، قَالَ: سَأَلْتُ سُلَيْمَانَ بْنَ يَسَارٍ، عَنِ الْمَنِيِّ يُصِيبُ ثَوْبَ الرَّجُلِ أَيَغْسِلُهُ أَمْ يَغْسِلُ الثَّوْبَ؟ فَقَالَ: أَخْبَرَتْنِي عَائِشَةُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَغْسِلُ الْمَنِيَّ ثُمَّ يَخْرُجُ إِلَى الصَّلَاةِ فِي ذَلِكَ الثَّوْبِ، وَأَنَا أَنْظُرُ إِلَى أَثَرِ الْغَسْلِ فِيهِ.

Maksudnya : Daripada ‘Amru bin Maimun, beliau berkata: “Aku bertanya kepada Sulaiman bin Yasar berkaitan mani yang terkena pada pakaian seseorang. Adakah perlu dia membasuhnya atau tidak perlu membasuh pakaian itu? Lalu beliau menjawab: Aisyah RA.anha  menceritakan kepada ku bahawa Rasulullah  SAW membasuh air  mani (pada pakaian) kemudian keluar mendirikan solat dengan pakaian itu, kemudian aku lihat adanya kesan basuhan itu”.

Riwayat Muslim (289)

Selain itu, terdapat satu lagi hadis yang menceritakan bagaimana Sayyidah Aisyah RA membersihkan kesan air mani pada pakaian Rasulullah SAW

أنَّ رَجُلًا نَزَلَ بعائِشَةَ، فأصْبَحَ يَغْسِلُ ثَوْبَهُ فقالَتْ عائِشَةُ: إنَّما كانَ يُجْزِئُكَ إنْ رَأَيْتَهُ أنْ تَغْسِلَ مَكانَهُ، فإنْ لَمْ تَرَ نَضَحْتَ حَوْلَهُ ولقَدْ رَأَيْتُنِي أفْرُكُهُ مِن ثَوْبِ رَسولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ فَرْكًا فيُصَلِّي فِيهِ.

Maksudnya : Sesungguhnya seorang lelaki bertamu di rumah Aisyah RA, lalu pada waktu pagi dia membasuh pakaiannya. Aisyah RA.anha  berkata: Sesungguhnya cukup untuk kamu jika kamu melihatnya (iaitu air mani itu) supaya membasuh tempatnya (terkena air mani). Jika engkau tidak nampak, cukup sekadar merenjiskan air di sekelilingnya. Sesungguhnya aku mendapati diriku benar-benar menggosoknya (mani) daripada pakaian Rasulullah SAW Lalu Baginda menunaikan solat dengan pakaian tersebut”

Riwayat Muslim (288)

BACA:  Virus Terus Serang Otak Dan Paru-paru, Akhirnya Anak Kecil Itu Pergi Buat Selama-lamanya

Fuqaha mazhab Syafie menyatakan air mani itu suci, walau bagaimanapun digalakkan untuk membersihkan pakaian yang terkena air mani untuk keluar daripada perselisihan ulama yang menyatakan najis. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam karyanya al-Majmu’:

وَإِذَا حَكَمْنَا بِطَهَارَةِ الْمَنِيِّ اُسْتُحِبَّ غَسْلُهُ مِنْ الْبَدَنِ وَالثَّوْبِ لِلْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةِ فِي الْبُخَارِيِّ وَمُسْلِمٍ عن عائشة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّهَا كَانَتْ تَغْسِلُ الْمَنِيَّ مِنْ ثَوْبِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلِأَنَّ فِيهِ خُرُوجًا مِنْ خِلَافِ الْعُلَمَاءِ فِي نَجَاسَتِهِ

“Apabila kita telah hukumkan air mani adalah suci, maka digalakkan agar membasuhnya daripada badan dan pakaian (yang terkena air mani) berdasarkan hadis-hadis sahih dalam al-Bukhari dan Muslim daripada ‘Aisyah RAanha yang telah membasuh air mani pada pakaian  Rasulullah SAW.   Ini kerana bertujuan agar keluar daripada khilaf (perselisihan) ulama berkaitan kenajisannya. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab 2/553 -554),

PENUTUP

Kesimpulannya, berdasarkan dalil serta hujah yang dikemukakan, mani anak Adam adalah suci. Walau bagaimanapun, pakaian yang terdapat air mani sangat digalakkan (disunatkanuntuk dibasuh terlebih dahulu sehingga tidak meninggalkan kesannya   sebelum  dipakai dalam solat.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.