≡ Menu

“Paling Serius Boleh Sebabkan Sawan”, 5 Risiko Jika Bayi Bawah 6 Bulan Diberi Air Masak


Bagi mereka yang pertama kali menimang cahaya mata, pasti banyak perkara yang perlu dipelajari. Sebaiknya, rujuklah sumber yang tepat seperti doktor dan pakar kanak-kanak sendiri. Hal ini bagi mengelakkan tersilap maklumat yang akhirnya memudaratkan bayi di kemudian hari.

Seperti contoh, tindakan memberi air masak kepada bayi berusia bawah enam bulan. Siapa sangka ia boleh mendatangkan mudarat? Air masak je kot. Namun hakikatnya berbeza.

Menurut seorang pakar pediatrik, Dr Redza Zainol, tindakan memberi air masak kepada bayi bawah enam bulan boleh menyebabkan Water Intoxication atau dikenali sebagai ‘mabuk air’. Jika bayi bawah enam bulan terlalu kerap diberi air masak, bayi mungkin berisiko mengalami sawan.

Untuk penjelasan lanjut, mari baca perkongsian beliau di bawah.

Selalu juga ibu muda tanya soalan ni.

“Boleh ke saya bagi anak saya air masak?” Katanya cuaca panas, nanti anak jadi dahaga.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1) Saya pun terangkan yang kita cuma galakkan susu ibu dan susu formula untuk bayi umur bawah 6 bulan.

BACA:  Rimas Terlalu Kerap Sedu, Ketahui Punca Sedu Dan Rawatan Di Rumah

2) Air masak atau apa-apa jenis minuman lain dikira tak memberi khasiat pada bayi umur bawah 6 bulan.

3) Bayi bawah 6 bulan yang minum air masak secara kerap, boleh mengalami :

muka bengkak
suhu badan yang rendah (bawah 36.5°C)
letih tak bermaya
tidak mahu menyusu
paling serius, hingga boleh menyebabkan sawan.
4) Keadaan ini dinamakan sebagai Water Intoxication.

5) Jika beri air masak :

Tak mengandungi sebarang kalori untuk mengisi perut bayi.
Secara purata, berat bayi bertambah 25 gram setiap hari. Kalau asyik bagi air masak yang tiada kalori, boleh jadi berat bayi menurun.

Buah pinggang bayi tu masih belum matang sepenuhnya dan tak mampu nak proses cecair dan garam yang terlalu banyak dalam badan.
Bayi kita tu jadi tak berminat nak minum susu sebab perutnya dah penuh.
6) Bila boleh beri air masak pada bayi?
Selepas anak mula diberi makan, barulah boleh beri air masak pada bayi.

BACA:  Pemakanan Makanan Diproses Membahayakan Sel Kita

7) Jumlah air masak yang boleh diberi:

Umur 6-12 bulan = ½ – 1 cawan sehari
Umur 12-24 bulan = 1-4 cawan sehari
2 – 5 tahun = 1-5 cawan air masak sehari
Bantu saya #sebarkan info penting ni pada kawan-kawan kita. Biar lagi ramai mak ayah yang tahu dan jadi lebih peka tentang kesihatan anak.

Jemput follow FB saya, Redza Zainol supaya tak terlepas info kesihatan kanak-kanak secara percuma di wall saya.

Sumber: Dr Redza Zainol

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.