≡ Menu

Pandemik Bukan Satu-Satunya Ancaman Kesihatan. Penyakit Tidak Berjangkit Juga Semakin Parah!

Beban penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat dalam negara antara lain menyebabkan individu dengan NCD berisiko mendapat jangkitan serius dan kematian akibat COVID-19.

Menurut Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Feisul Idzwan Mustapha, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morboditi 2019 (NHMS), 1.7 juta individu dalam negara menghidap tiga penyakit utama NCD iaitu diabetes, hipertensi dan kolestrol tinggi manakala 3.4 juta individu menghidap mana-mana dua penyakit NCD.

“Mengambilkira faktor pandemik COVID-19, pengesanan awal NCD amat penting bagi membolehkan pesakit mendapat rawatan optimum secepat mungkin,” katanya pada sesi taklimat ‘Pemakanan Sihat dan NCD’ bersama media secara maya, hari ini.

Beliau berkata data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) menunjukkan kematian akibat COVID-19 adalah 3.7 kali lebih tinggi dalam kalangan pesakit komorbid berbanding pesakit yang tiada komorbid.

Komorbid adalah istilah perubatan yang merujuk kepada individu menghidap dua atau lebih penyakit tidak berkaitan secara serentak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

KKM dalam satu hantaran di laman Facebook pada 2 Okt  memaklumkan 10.5 peratus daripada 24,565 kematian akibat jangkitan COVID-19 (data setakat 24 Sept) mempunyai masalah obesiti.

Menurut hantaran berkenaan, masalah obesiti meningkatkan risiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk sebanyak tujuh kali ganda.

“Penting bagi rakyat Malaysia menjalani saringan kesihatan seperti saringan kanser payudara, kanser pangkal rahim. Ambil rawatan susulan di fasiliti kesihatan, dapatkan maklumat sahih daripada pegawai perubatan dan elak mempercayai produk rawatan yang dijual secara meluas di pelbagai platform,” kata Dr Feisul.

Pegawai Sains (Pemakanan) Bahagian Pemakanan KKM Nur Liana Abdul Latiff pada sesi taklimat  sama menekankan kepentingan amalan makanan sihat terutamanya ketika persediaan beralih fasa endemik COVID-19.

Beliau yang menekankan intervensi awal menerusi pemakanan sihat berkata konsep “suku-suku separuh” perlu diterapkan, selain merancang menu masakan mingguan bagi mengurangkan kebergantungan membeli di gerai atau restoran.

Konsep suku-suku separuh ialah separuh suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti, suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur.

“Selain vaksin COVID-19, amalan gaya hidup sihat juga penting dari segi pemakanan dan senaman memandangkan golongan komorbid berisiko tinggi sekiranya dijangkiti COVID-19,” katanya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.