≡ Menu

Panduan Lengkap Zakat Fitrah Berserta Kadar Mengikut Negeri

Menjelang bulan Ramadhan 2021 tak lama lagi, semua umat Islam yang cukup syarat wajib membayar Zakat Fitrah.

Tahukah anda apakah itu zakat fitrah dan berapakah kadar bayaran yang perlu dibayar bagi setiap individu di Malaysia?

Di sini dikongsikan info lanjut tentang zakat fitrah serta bayaran setiap negeri bagi tahun terkini (2021).

Apakah Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Hal ini juga berdasarkan hadith daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A katanya:

كُنَّا نُخْرِجُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ. وَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ وَكَانَ طَعَامَنَا الشَّعِيرُ وَالزَّبِيبُ وَالأَقِطُ وَالتَّمْرُ

Maksudnya“Pada zaman Rasulullah SAW kami mengeluarkan zakat fitrah pada hari raya sebanyak segantang makanan. Gandum, kismis, keju dan tamar ialah makanan kami.”

Riwayat al-Bukhari (1439)

Ukuran gantang yang digunakan oleh Rasulullah SAW menyamai 4 cupak. Kadar ini menyamai sukatan 3 liter, iaitu bersamaan kira-kira 2400 garam. Mengikut sukatan segantang dikira dengan gram ialah 2750 gram.

BACA:  Subhanallah, Pencairan ais di Greenland berlaku lebih pantas daripada yang dijangka

Sekiranya gandum ialah makanan asasi penduduk di negara kita, maka zakat fitrah yang wajib atas setiap individu adalah sebanyak 3 liter.

Hukum Zakat Fitrah & Siapa Yang Wajib Membayarnya?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Hikmah

Tempoh Bayaran Dibuat

Zakat Fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:

  • Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
  • Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.
BACA:  Warna-Warni Dalam Makanan, Selamatkah Ia Untuk Dimakan?

Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri (2021)

Berikut ialah kadar bayaran bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri:

Negeri Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2021
Perlis RM7.00
Kedah RM5.00/ RM7.00/ RM14.00 RM21.00
Pulau Pinang RM7.00/ RM12.00 / RM16.00
Perak RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Selangor RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Negeri Sembilan RM7.00
Melaka RM7.00/ RM14.00
Johor RM7.00/ RM10.00
Pahang RM7.00
Terengganu RM7.00
Kelantan RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Sarawak RM7.00
Sabah RM6.00/ RM7.50
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
RM5.00/ RM7.00 / RM14.00

NOTA:

  1. Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka
  2. Contoh : Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya

Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.