≡ Menu

Panduan Memeluk Agama Islam

Amatlah mudah bagi orang yang bukan Islam untuk menjadi seorang Islam. Dia hanya perlu melafazkan dua kalimah syahadah yaitu :

أشهدُ أنْ لا إلهَ إلا اللهُ وأشهدُ أنَّ محمدًا رسولُ اللهِ

Apabila orang bukan Islam sudah melafazkan dua kalimah tersebut maka jadilah dia seorang Islam.

Hendaklah pula dia yakin dan menetapkan di dalam hatinya akan arti dua kalimah syahadah itu yaitu :

1. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
2. Aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jika dilafazkan seorang diri tanpa ada seorang pun yang menjadi saksi dia telah menjadi Islam dan Allah dan para malaikat yang menjadi saksinya di akhirat nanti.

Berkata Imam Syafie ra :

إذا أتى بالشهادتين صار مسلما

artinya : Apabila seorang itu mengucapkan dua kalimah syahadah maka jadilah orang itu orang Islam.

Tetapi seeloknya dia melafazkan syahadah itu dihadapan saksi supaya diperlakukan dan dipergauli olih masyarakat Islam akan dia sebagai orang Islam.

Sebaik-baik tempat untuk mengucapkan syahadah ialah dimasjid disaksikan olih orang yang ramai.

Tetapi jika masih belum mahu menghebahkan kesilamannya dengan sebab keselamatan atau seumpamanya bolih sahaja bersyahadah secara sembunyi dan apabila suasana sudah aman, bolihlah dihebahkan keislamannya itu.

Lafaz Syahadah Dengan Bukan Bahasa Arab

BACA:  Kulit Rasa Macam Panas Sikit. Ini Tanda Tanda Barah Payudara Yang Kita Kena Aware

Jika seorang yang mahu memeluk Islam tetapi tidak dapat menyebut kalimah syahadah dalam bahasa arab maka dimaafkan dia menyebut kalimah syahadah dengan bahasa yang dia faham artinya dan jadilah dia sebagai orang Islam
Berkata Imam Nawawi :

يصح إسلام الكافر بجميع اللغات ، ذكره صاحب ” الشامل ” وغيره ، ويشترط أن يعرف معنى الكلمة

Artinya : Sah jadi Islam orang bukan Islam dengan (melafazkan syahadah) dengan semua bahasa sebagaimana disebutkan oleh penulis kitab Al-Syamil dan lainnya. Dan disyaratkan dia hendaklah mengetahui makna kalimah tersebut. (Kitab Raudhah Tolibin)

Cara Bersyahadah Orang Bisu

Menurut pendapat yang paling sahih orang yang bisu yang ingin memeluk Islam ialah dengan isyarat seperti apabila ditanya adakah dia setuju dengan dua kalimah syahadah dan bersetuju dengan makna ke dua kalimah tersebut, dia mengangguk atau dia bersetuju dengan cara tulisan.

Bagaimana Dosanya Di masa Dia Masih Kafir?

Kesitimewaan orang kafir memeluk Islam ialah segala dosanya dimasa dia kafir seperti berzina, berjudi, minum arak dan lain-lain diampunkan olih Allah swt.

Firman Allah :

قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَنْتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ مَا قَدْ سَلَفَ

Artinya : Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu: “Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), maka Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu..” (Al-Anfal : 38)

Rasulullah saw bersabda kepada Amru bin ‘Ash yang ingin memeluk Islam :

BACA:  Masalah Hari Raya Di Dua Negara Berlainan

أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الْإِسْلَامَ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ وَأَنَّ الْهِجْرَةَ تَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلِهَا وَأَنَّ الْحَجَّ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ

Artinya: Tidakkah engkau tahu sungguhnya Islam menggugurkan (dosa-dosa) sebelumnya Dan sungguhnya hijrah menggugurkan (dosa-dosa) sebelumnya. Dan sungguhnya haji menggugurkan (dosa-dosa) sebelumnya. (Hadith Muslim)
Dan Rasulullah saw bersabda :

إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ كُلَّ حَسَنَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا وَمُحِيَتْ عَنْهُ كُلُّ سَيِّئَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا

Artinya : Apabila seorang itu memeluk Islam dan dia mengelokkan Islamnya itu Allah akan menulis semua kebaikan yang dia pernah kerjakan dan menghapuskan semua kesalahan yang dia pernah lakukan.

(Hadith an-Nasaei)

Wajibkah Mandi Jika Memeluk Islam?

عن قيس بن عاصم قَالَ: أَتَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه و سلم أُرِيْدُ اْلإِسْلاَمَ فَأَمَرَنيِ أَنْ أَغْتَسِلَ بِمَاءٍ وَ سِدْرٍ

Artinya : Dari Qois bin Asim ra dia berkata, ”Aku pernah mendatangi Nabi saw karena aku ingin memeluk Islam. Lalu baginda menyuruh aku untuk mandi dengan air dan daun sidrah”.(Hadith Ahmad & Abu Daud)

Berkata Imam Syafie : Sunat orang yang hendak memeluk Islam melakukan mandi dan jika mandi selepas memeluk Islam juga adalah elok. Tetapi jika ketika hendak memeluk Islam dia berhadas dengan hadas besar maka wajib atasnya melakukan mandi wajib.

bersambung bahagian 2..

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.