Untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini bukanlah sesuatu yang mustahil bagi sesiapa sahaja. Ini kerana setiap orang itu mempunyai peluang untuk mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri yang menentukan bagaimana cara hidup mereka sama ada untuk menjadi orang yang berjaya ataupun tidak.
Sejak dari kecil seseorang itu telah diajar bagaimana untuk berjaya di sekolah dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, berjaya masuk ke universiti, berjaya mendapatkan pekerjaan yang diinginkan dan banyak lagi.
Antara ciri-ciri insan yang berjaya dalam hidup adalah :-
1. Berilmu Dan Cintakan Ilmu Pengetahuan
Orang yang berilmu akan sentiasa dipandang mulia oleh orang lain kerana ketinggian ilmu yang dimilikinya. Dengan ilmu seseorang itu akan berjaya didunia dan juga akhirat. Ciri-ciri individu yang berjaya mereka sangat cintakan ilmu pengetahuan kerana mereka tahu dengan memiliki ilmu hidup mereka lebih berjaya. Cara untuk mendapatkan ilmu adalah dengan banyak membaca kerana membaca ilmu pengethauan seseorang itu akan semakin bertambah.
2. Yakin Dengan Diri Sendiri
Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing dalam diri mereka. Oleh itu kita hendaklah sentiasa yakin yang kita juga hebat seperti orang lain. Jika orang lain boleh berjaya mengapa tidak kita. Semuanya berkenaan tentang keyakinan yang ada dalam diri kita. Jika kita tidak yakin dengan diri kita sendiri, kita mungkin tidak akan dapat mengecapi kejayaan seperti yang kita impikan.
3. Sentiasa Berusaha Dan Tidak Berputus Asa
Kejayaan seseorang itu bergantung kepada sejauh mana usaha yang mereka lakukan. Jika anda telah pun berusaha tetapi kejayaan yang anda inginkan tidak seperti yang anda harapkan maka anda jangan lekas berputus asa. Orang yang mudah berputus asa tidak akan kemana-mana. Anda kena percaya walaupun anda telah banyak berusaha tetapi semuanya Allah SWT yang menentukannya.
4. Tawakal Kepada Allah SWT
Setelah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian yang anda impian, selepas itu anda haruslah bertawakal kepada Allah SWT. Ini kerana kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang dan Allah SWT yang akan menentukan segala yang anda usahakan itu. Anda telah pun berusaha setakat mana kemampuan anda, dengan bertawakal bermakna anda yakon Allah SWT yang akan memberikan kejayaan kepada hamba yang diinginkanNya.
5. Syukur Atas Segala Nikmat
Setelah kejayaan yang anda inginkan telah menjadi kenyataan, maka sebagai seorang hamba hendaklah anda bersyukur kepadaNya. Ini kerana sebagai tanda terima kasih atas segala nikmay yang diberikan oleh Allah SWT> Dengan membantu orang lain juga menunjukkan tanda syukur atas kejayaan yang anda miliki.
6. Beriman Dan Bertakwa
orang yang berjaya akan selalu berada dekat dengan Allah SWT. Ini kerana kita tahu hanya Allah SWT yang akan memberikan kejayaan bagi seorang hamba semasa hidup didunia dan juga akhirat. Keimanan dan ketakwaan adalah dengan menjaga segala amal ibadah seperti solat, kerana solat adalah hubungan seorang hamba dengan Allah SWT. Anda juga perlulah sentiasa berdoa supaya diberikan kejayaan dan kesejahteraan dalam hidup ini.
Kesimpulannya, semua orang inginkan kejayaan dalam apa sahaja perkara yang dilakukan, kerana ianya menjadi impian setiap orang. Tiada siapa yang ingin berada dalam kehidupan yang susah, kecewa, derita dan sebagainya. Sudah tentu anda selalu ingin hidup bahagia dan berjaya seperti orang lain juga. Tapi ingatlah dalam kita mengejar kejayaan hidup ddidunian ini kita janganlah sampai lupakan kejayaan kita itu untuk hari akhirat juga. Sama-sama kita berusaha untuk mengecapi apa sahaja yang kita inginkan dan selamat beramal.