≡ Menu

Patuhilah PKPP Atau Kuarantin. Rasulullah Melarang Kita Memudharatkan Orang Lain

Patuhi Arahan PKPP, Rasulullah Melarang Kita Mendedahkan Mudarat Kepada Orang Lain

1. Rasulullah melarang kita dari mendedahkan sebarang mudarat kepada orang lain tidak kira Muslim atau kafir. Sabda Rasulullah:

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

“Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri ataupun orang lain.” (HR Ibn Majah)

2. Malah dalam hadis yang lain, Rasulullah memberikan amaran, bahawa mereka yang mendedahkan mudarat, dibimbangi akan menimpa ke atas dirinya mudarat dari Allah. Sabda Rasulullah:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

مَنْ ضَارَّ ، ضَارَّ اللَّهُ بِهِ، وَمَنْ شَاقَّ ، شَقَّ اللَّهُ عَلَيْهِ

BACA:  'Saya lihat air kekuningan bercampur darah, nanah dan ulat mengalir keluar dari kemaluan jenazah pondan' - Kisah benar tukang urus jenazah

“Barangsiapa yang memudaratkan orang lain, maka Allah akan mendedahkan mudarat padanya. Barangsiapa yang menyusahkan orang lain, Allah boleh menyusahkan urusannya. (HR al-Tirmizi)

3. Ketika menghuraikan hadith ini, al-Imam al-San’ani menjelaskan bahawa barangsiapa yang mendedahkan mudarat kepada orang lain, tidak kira samada Muslim atau kafir, ataupun haiwan, maka Allah boleh memberikan kemudaratan yang lebih berat dari itu.

BACA:  Teruslah Berdoa Diberikan Hidayah Walaupun Dilahirkan Dalam Islam. Insya'Allah

4. Dalam situasi hari ini, janganlah kita menyusahkan petugas kesihatan. Berilah kerjasama dengan duduk diam-diam di rumah. Patuhi arahan kuarantin sekiranya kita diperintahkan. Ini bagi mengelakkan kita dari memberikan mudarat kepada orang lain atau menyusahkan tugas pengamal kesihatan.

Semoga Allah membimbing kita.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.