≡ Menu

Pedih Perut? Awaslah Tanda Tanda Ini, Kerana Ia Mungkin Simptom Kepada..

Illustration of stomachache, possible caused by stomach cancer, menstruation or period, gastric ulcer, appendicitis or gastrointestinal system desease.

Adakah anda pernah rasa kembung perut selepas makan? Terasa mual dan hilang selera makan? Ketahuilah bahawa ini mungkin merupakan simptom kanser perut.

Kanser perut merupakan kanser keenam yang berkaitan dengan penyakit perut terjadi di dunia. Menurut Hello Doktor, jumlah kematian akibat kanser perut dicatatkan sebanyak 783,000 penghidap dan menduduki tangga ketiga tertinggi dalam carta kematian pada tahun 2018.

Umumnya, penghidap kebiasaannya tidak akan rasa simptom-simptom awal kerana sel-sel kanser akan merebak secara perlahan-lahan. Oleh sebab itu, diagnos yang dilakukan agak lewat.

Namun begitu, penting untuk kita ketahui punca awal dan cara untk mencegah kanser ini sebelum terlambat

Menerusi perkongsian daripada Hello Doktor, ini merupakan punca awal dan cara-cara untuk mencegah kanser perut.

Punca kanser perut

Kanser perut berlaku apabila sel-sel barah berkembang pada lapisan dalam dinding perut dan kemudiannya menembusi bahagian dinding lebih dalam ketika barah berkembang.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pengembangan tumor itu juga boleh melibatkan organ berdekatan seperti hati dan pankreas.

BACA:  Daun Kapal Terbang Sembuhkan Diabetes? Tidak! Ini Bahaya Yang Menanti

Tanda kanser perut

Sebelum mengetahui cara mengurangkan risiko kanser perut, ini antara simptom yang mungkin akan dialami:

  • Senak perut
  • Perut kembung selepas makan
  • Pedih ulu hati
  • Sedikit mual
  • Hilang selera makan

Apabila tumor semakin membesar, gejala lebih serius boleh terjadi seperti:

  • Kesakitan perut
  • Najis berdarah
  • Muntah
  • Kehilangan berat tanpa sebab
  • Kesukaran menelan
  • Mata atau kulit kekuningan
  • Perut membengkak
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Lemah badan

Punca kanser perut: Fahami faktor risiko

Beberapa perkara boleh meningkatkan risiko untuk mengalami kanser perut, termasuklah:

Umur

Individu berusia lebih 50 tahun lebih cenderung mengalami barah perut.

Jantina

Individu lelaki 2x lebih berisiko mendapat barah ini berbanding wanita.

Etnik

Individu Asia, Kepulauan Pasifik, Hispanik dan Afrika-Amerika lebih cenderung mengalami keadaan ini.

Jangkitan

Helicobacter pylori (H.pylori) sejenis bakteria yang sering menjangkiti perut dan cenderung menjadi punca kanser perut.

Virus Epstein-Barr, kuman yang menyebabkan mononukleosis berjangkit (mono) turut menjadi penyumbang.

Pembedahan

Selepas rawatan ulser, asid perut akan kurang dihasilkan, sekali gus membolehkan pertumbuhan lebih banyak bakteria. Dari tahun ke tahun, ia boleh menyebabkan barah.

BACA:  Kerap Pening? Ini 4 Petua Yang Anda Perlu Tahu Jika Diserang Pening Secara Tiba Tiba
Isu perut

Masalah anemia pernisius dan kekurangan asid perut untuk mencerna makanan – achlorhydria, meningkatkan risiko untuk mendapat barah perut.

Diet harian, jadi punca barah perut

Kerap mengambil makanan disalai, masin dan jeruk atau daging diproses menyebabkan anda lebih berisiko untuk barah perut.

Tembakau

Risiko barah meningkat seiring peningkatan jumlah rokok yang dihisap.

Alkohol

Minuman ini boleh menjadi punca pengembangan barah lebih cepat.

Jenis darah

Ramai individu dengan darah jenis A mengalami barah ini. Individu dalam kumpulan ini juga berkemungkinan lebih cenderung dijangkiti H.pylori.

Polip perut

Ketumbuhan dalam perut ini biasanya tidak berbahaya tetapi terdapat jenis polip tertentu dikenali sebagai adenoma boleh berubah menjadi kanser.

Tempat kerja

Persekitaran tempat kerja dengan arang, getah atau logam meningkatkan risiko barah perut.

Genetik

Kesilapan pada genetik seperti CDH1 atau APC turut meningkatkan risiko untuk kanser perut. Sejarah keluarga dengan barah payudara atau ovari menjadikan anda lebih berisiko.

Sejarah keluarga

Jika ibu bapa atau adik beradik dan anak menghidap kanser perut, risiko anda juga meningkat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.