≡ Menu

Pelajaran Yang Kita Dapat Pelajari Daripada Surah Al-Zalzalah, Jangan Jadi Seperti Kaum Musyrikin Mekah

Kehidupan abadi

Ketika ditanya pada waktu bilakah yang paling afdal untuk umat Islam membasahkan bibir melazimi Surah al-Zalzalah, jawabnya: “Umat Islam seisi alam digalakkan untuk membaca surah tersebut sebagai amalan harian tanpa mengkhususkan waktu tertentu.“

Kenyataannya itu berdasarkan catatan di dalam Kitab Amal Al-Yaum Wa Al-Lailah karya Ibn Al-Sunni, Amal Al-Yaum Wa Al-Lailah (karya Al-Suyuti) dan Tuhfah Al-Zakirin (karya Al-Syaukani).

Menyentuh mengenai pahala yang bakal diperoleh oleh individu membaca surah itu, Mohammad Aizuddin berkata, terdapat riwayat yang mengatakan, bacaannya menyamai pahala membaca sebahagian al-Quran.

Namun, melihat kepada ganjaran dan isi ayat ini, sudah pasti ia memberi impak yang besar dalam kehidupan Muslim khususnya dari aspek spiritual. Pengaruh ini (spiritual) ini diperlukan demi pengukuhan iman. Saya juga memetik pernyataan Dr Yusuf Al-Qaradawī ketika membahaskan surah ini. Dalam tafsirnya, beliau menekankan bahawa benih keimanan ini ditanam dan perlu diperkukuhkan. Sesungguhnya, iman merupakan syarat kepada penerimaan amal,“ tutur agamawan itu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Seperti yang kita semua maklum, tarikh berlakunya kiamat hanya dalam pengetahuan ALLAH SWT sahaja. Adapun yang dikhabarkan itu sama ada dalam surah ini ataupun selainnya, hanyalah tentang tanda-tanda kepada berlakunya kiamat.

“Oleh yang demikian, umat Islam seharusnya berhati-hati dengan dakwaan ilmu, ilham dan teori-teori tentang tarikh kiamat,“ katanya.

Surah al-Zalzalah juga beritahu agamawan tersebut, turut memberi peringatan bahawa kewujudan manusia di alam ini tidak terhenti dengan sebuah kematian.

Ketahuilah, ia bukan kitaran atau adat kebiasaan semata-mata yang bermula dengan kelahiran dan disudahi dengan kematian. Bahkan, ia akan ada lagi kesinambungan hidup selepas itu yang dinamakan sebagai kehidupan yang abadi. Sehubungan itu, jadikanlah surah hebat ini sebagai motivasi kepada kita untuk tidak berasa hina dengan pemberian yang sedikit. Pada masa sama, tidak mengambil mudah dengan maksiat walaupun sebesar zarah. Ingat, segenap perkara yang dilakukan kita akan dihisab dan diberi ganjaran meskipun sekecil-kecilnya,“ katanya.

Dalam Hadis Riwayat Muslim, baginda bersabda: “Jangan sekali-kali kalian meremehkan daripada kebaikan meskipun dengan keceriaan wajah ketika bertemu dengan kawanmu.“

Surah al-Zalzalah jawab tiga keraguan, dakwaan kaum musyrikin Quraisy

Surah al-Zalzalah telah menjawab tiga keraguan dan dakwaan yang melanda kaum musyrikin Quraisy.

Ini kerana pada zaman Nabi Muhammad SAW, ayat-ayat al-Quran yang menyentuh perihal hari kebangkitan dan akhirat tidak akan didengari dan tidak dipercayai oleh mereka.

Musyrikin Quraisy membuat dakwaan bahawa tiada kehancuran pada alam ini melainkan kematian mereka sahaja. Dakwaan yang kedua adalah mustahil untuk setiap perbuatan terdapat catatan sulit dan akan dibentangkan secara terperinci. Ketiga, mereka membuat dakwaan jika benar sekali pun kedua-dua perkara yang disebut tadi akan berlaku, ‘tuhan-tuhannya‘ akan membantu untuk memberi syafaat!,“

Sehubungan itu, ALLAH SWT telah membalasnya dalam Surah Zalzalah dengan isi kandungan yang bernas dan padat.

BACA:  4 Fasa Ini Setiap Insan Akan Laluinya. Setiap Fasa Ada Cabarannya. Subhanallah

Intipati lapan ayat dalam surah berkenaan juga mempunyai keunikan tersendiri kerana ia menjelaskan mengenai lokasi yang menjadi perhitungan antara pahala dan dosa.

“Gambaran sebegini hanya dijelaskan dalam surah itu dan mungkin asbab inilah yang membuatkan Ibnu Umar RA sering berpindah tempat apabila beliau mahu menunaikan solat sunat selepas solat fardu,“ katanya.

“Mungkin dengan bersujud di banyak tempat, akan menjadi saksi kebaikan yang dilakukan di atas muka bumi ini,“ katanya.

Dalam pada itu,  perkataan asytatan dalam Surah al-Zalzalah membawa maksud bahawa kita sudah boleh mengetahui kesudahan diri sebelum dihisab.

“Jangan terkejut apabila dibangunkan kelak kita akan dapati suami tiada, ayah tiada dan anak pun tiada di sisi,“ ujarnya.

Sebelum menutup tirai bicara, Surah al-Zalzalah memberi ruang kepada pembacanya supaya berfikir tentang satu perhimpunan manusia yang terbesar. Ia membabitkan seluruh penghuni di satu lokasi sahaja yang mana kesemuanya terdiri daripada umat sejak zaman berzaman.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.