≡ Menu

Peliharalah Keluarga Daripada Azab Api Neraka

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka” [Surah at-Tahrim 6]

#Syeikh Muhammad Sayyid Thantawi dalam tafsirnya menyatakan makna ayat ini ditujukan kepada setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah swt agar mereka menjauhi diri mereka daripada api neraka dengan melakukan perkara kebaikan serta menjauhi diri daripada melakukan perkara maksiat dan ahli keluarga mereka dengan cara menasihati mereka, menunjukkan jalan yang benar kepada mereka dan menyuruh mereka melakukan perkara yang ma’ruf serta mencegah diri daripada melakukan perkara munkar. Di samping itu, Imam al-Qurthubi menukilkan daripada pendapat Qatadah dan Mujahid bahawa maksud memelihara diri adalah memelihara diri dengan menjaga tingkahlaku dan memelihara ahli keluarga pula adalah dengan menasihati mereka” (Lihat: Tafsir al-Wasith)

BACA:  Tutuplah Ibadah Di Bulan Ramadhan Dengan Solat Sunat Witir

#Oleh itu, merupakan satu dosa besar bagi sesiapa yang membiarkan dirinya dan ahli keluarganya melakukan kemungkaran dan perkara maksiat. Bahkan disebut dayyus bagi seorang lelaki iaitu yang tidak peduli dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh lelaki lain. Disebabkan itulah, Islam sangat menuntut rasa cemburu dalam diri seseorang agar dia dapat memelihara keluarganya daripada api neraka.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah: “Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga). Sesiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya. Kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga menjauhkan daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya hati akan mati. Maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali” (al-Jawab al-Kafi)

BACA:  Tradisi Batik, Maksud Tersirat Pemakaiannya Yang Mungkin Ramai Tak Tahu Kerana Tidak Diperturunkan Oleh Nenek Moyang Kita

♡Semoga Allah mengurniakan kepada kita kekuatan dan petunjuk dalam memimpin keluarga ke arah jalan yang diredhaiNya serta dapat menyelamatkan kita dan mereka daripada api neraka. Aamiiin♡

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.