≡ Menu

Pelik Betul, Lepas Makan Pulut Mesti Mengantuk. Ini Puncanya!

Pernahkah anda dengar orang kata makan pulut ini boleh mengantuk? Apakah penjelasan saintifik disebalik persoalan ini?

Pengenalan pulut
Pulut merupakan sejenis bijirin yang tergolong dalam kumpulan karbohidrat. Pulut menyerupai beras namun warnanya tidak berkilat. Kandungan amilopektin (sejenis bahan kanji bersifat melekit) yang tinggi dalam pulut menyebabkan bijirin ini melekit apabila dimasak.

Proses penghasilan pulut terbahagi kepada dua sama ada digiling atau tidak digiling (iaitu dengan bran dikeluarkan atau tidak dikeluarkan). Beras pulut yang digiling bewarna putih, manakala beras pulut yang tidak digiling bewarna ungu atau hitam.

Pulut digunakan secara meluas dalam masakan seperti bubur pulut hitam, pulut kuning, lemang, wajik, pulut panggang dan pelbagai lagi.

Jumlah karbohidrat bagi satu sudu makan pulut bersamaan dengan satu senduk nasi. Justeru, bagi mereka yang menghidapi kencing manis perlulah berhati-hati dengan kuantiti pulut yang diambil.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pulut dan Indeks Glisemik (IG)
Pulut tergolong dalam kumpulan karbohidrat dan mempunyai indeks glisemik (IG) yang sangat tinggi. Indeks glisemik merujuk kepada berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat akan meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makan makanan tersebut.

Lagi tinggi IG makanan, lagi cepat paras gula akan naik. IG makanan diberi dari skala 1 hingga 100. Makanan yang mempunyai IG 70 dan keatas adalah makanan tinggi IG. Antara makanan lain yang tinggi IG ialah ubi keledek, kurma, nenas, madu, gula dan donat.

Satu kajian telah dijalankan pada tahun 2007 terhadap 12 orang lelaki sihat berumur antara 18 hingga 35 tahun yang tidak mempunyai masalah tidur. Selepas berpuasa selama 5 jam, mereka dihidangkan dengan nasi dan sayur kukus bersama puri tomato. Dua jenis nasi telah diberi pada waktu makan yang berbeza. Nasi yang tinggi IG dan rendah IG dimakan empat jam sebelum tidur, pada hari yang berbeza. Kedua-dua nasi ini mempunyai jumlah karbohidrat yang sama, cuma kandungan kanjinya berbeza. Kajian ini mendapati bahawa mereka yang makan hidangan yang tinggi IG rasa mengantuk lebih cepat berbanding dengan mereka yang makan hidangan yang rendah IG.

Bagaimana pulut buat anda rasa mengantuk?
Menurut saintis di University of Sydney, makanan yang tinggi IG akan meningkatkan penghasilan triptofan (sejenis asid amino) dan serotonin (sejenis neurotransmitter). Kedua-dua komponen ini mendorong kepada rasa mengantuk.

Selain itu, makanan yang mengandungi karbohidrat akan menghasilkan insulin apabila dimakan. Insulin ini akan menyingkirkan semua asid amino – kecuali triptofan – dari darah anda. Ini akan memudahkan triptofan untuk memasuki otak kerana tidak perlu bersaing dengan asid amino yang lain.

Di dalam otak, triptofan akan ditukarkan kepada niacin, iaitu sejenis vitamin B essential untuk menghasilkan serotonin. Serotonin pula diperlukan bagi menghasilkan melatonin, iaitu hormon yang mengatur kitaran tidur/jaga anda. Oleh itu, dengan peningkatan triptofan daripada makanan yang dimakan, secara tidak langsung akan membuat anda rasa mengantuk.

BACA:  Akibat Makan 6 Ulas Bawang Putih Panggang,Tak Sangka Ini Perubahan Yang Terjadi. Ramai Yang Baru Tahu Khasiatnya

Bagaimana untuk kurangkan rasa mengantuk?
Pulut membuatkan anda rasa mengantuk disebabkan oleh Indeks Glisemik (IG) yang tinggi. Bagi makanan yang mempunyai IG rendah atau sederhana, rasa mengantuk itu kurang.

Indeks glisemik (IG) sesuatu makanan boleh berubah bergantung kepada cara penyediaan dan pengambilan makanan.

Makanan yang tinggi IG jika dimakan bersama makanan yang rendah IG akan menjadikan makanan tersebut sederhana IG. Contohnya, pulut mangga mempunyai sederhana IG kerana kombinasinya bersama manga dan santan yang rendah IG.

Selain itu, makanan dari sumber protin dan lemak juga dapat merendahkan IG makanan tersebut. Contohnya, pulut kuning yang dimakan bersama rendang ayam mempunyai sederhana IG.

Namun, apa jua makanan yang anda makan, kuantitinya harus dijaga untuk elakkan makan secara berlebihan. Makan berlebihan juga akan menghasilkan insulin yang tinggi dan seterusnya meningkatkan jumlah triptofan dan serotonin.

Kesimpulan
Pulut merupakan bijirin daripada sumber karbohidrat yang tinggi indeks glisemik. Makanan tinggi indeks glisemik akan meningkatkan penghasilan triptofan dan serotonin, dan membuatkan anda rasa mengantuk. Pun begitu, lain orang, lain kondisi badannya.

Ada yang mengantuk selepas makan pulut, ada juga yang tak terkesan pun. Akhir kata, anda perlu jaga kuantiti pulut yang dimakan, kerana rasa mengantuk bukan sebab pulut saja, tapi mungkin sebab makan dalam kuantiti yang banyak juga.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.