Menurut catatan sejarah Islam, baginda Rasulullah S.A.W hanya pernah gering dua kali sepanjang hidupnya iaitu semasa pertengahan hidup serta menjelang wafatnya.
Memang luar biasa kekuatan yang tuhan kurniakan kepada baginda, namun apakah amalannya hingga dirinya bisa bertahan kuat untuk terus memimpin umat ke jalan benar?
Ini kupasan tentang amalan pemakanan serta pengambilan diet yang diamalkan Rasulullah S.A.W semasa hidupnya.
Kaitan makanan dan kesihatan sememangnya tidak dapat dinafikan. Tanpa kita sedari, cara kita memilih makanan harian sebenarnya merupakan penyumbang utama kepada kemunculan penyakit dalam tubuh. Antara penyakit membunuh yang berpunca dari tabiat diet yang tidak seimbang adalah termasuk Kencing Manis, Sakit Jantung, Lumpuh, Darah Tinggi, Kanser, keracunan makanan dan banyak lagi.